Resepi Sayur Bendi Goreng Belacan Paling Simple

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Sebut pasal bendi, mesti akan terbayang sayur ni jenis berlendir. Tapi kalau dimasak goreng belacan. Fuh! Marveles.

Cucu Kak Mai suka ratah bendi, terutamanya biji bendi. Sedap agaknya tu.

Ada seorang doktor pernah kata, bendi ni salah satu makanan superfood yang bagus untuk kesihatan kita.

Banyak manfaat yang ada pada sayur ni. Dan perlu kita amalkan selalu.

Jom Masak Bendi Goreng Belacan

bendi goreng belacan
bendi belacan sedap

Bahan-bahannya:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar | sederhana besar
  • sedikit belacan | dibakar
  • 2 batang cili merah | hiris
  • Garam secukupnya

Cara Masak Bendi Belacan:

  1. Tumbuk lumat bawang putih & bawang besar
  2. Masukkan belacan sekali. Tumbuk rata
  3. Panaskan 2sb minyak dalam kuali
  4. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau
  5. Kemudian letak sedikit air. Gaul rata
  6. Masukkan bendi dan cili merah
  7. Masak hingga bendi lembut
  8. Jangan lupa letak garam dan gula secukup rasa
  9. Siap!

Tips: ada orang bagi tips, kalau tak suka bendi punya lendir, boleh masukkan asam keping dalam masakan.

Tapi Kak Mai belum pernah cuba lagi tips tu. Sebab kak mai suka makan apa yang ada pada bendi.

Khasiat pun banyak.

Kalau masakan tu dicampur asam keping, nanti rasa sayur tu akan jadi masam sedikit. Jadi pandai-pandailah engkorang sekatakan rasa dia ya.

Ok, Kak Mai nak masak lauk Ayam Ungkep untuk berbuka nanti.

Selamat menjamu selera.

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi bendi goreng
  • sayur bendi goreng belacan
  • bendi belacan azie

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment