Resepi Kailan Goreng Ikan Masin Simple Dan Sedap

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Dah lama rasa tak makan kat kedai Thai. Kak Mai suka makan lauk tomyam dan sayur kailan ikan masin.

Sedap hirup panas-panas kuah tomyam. Kalau rasa masam pedas. Fuhh, sampai seminggu teringat-ingat. Hehe.

Biasanya memang ni menu yang terlintas dalam fikiran setiap kali ke kedai makan.

Tapi, kadang tu kalau rasa nak lagi sedap, baik masak sendiri kat rumah.

Musim PKP ni kita kan tak boleh keluar rumah.

Alah, nak masak sayur kailan ni senang je pun.

Kak Mai campak-campak terus jadi.

Korang pun boleh jadi macam Kak Mai. Senang sangat. Jangan takut cuba untuk memasak.

Terutamanya untuk yang bujang-bujang baru nak belajar masak tu.

Meh ke dapur sekarang.

kailan ikan masin
kailan goreng ikan masin

Cara Masak Sayur Kailan Goreng

Bhn²:

  • 1/2 ekor ikan masin | potong kecil
  • 1 Pokok sayur kailan | hiris, kuantiti sayur tu ikut citarasa
  • 1 batang cili merah | hiris serong
  • 1 biji bawang merah | hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih | diketuk
  • 1 sb sos tiram
  • Sedikit air
  • Sedikit belacan bakar jika nak

Cara masak kailan:

1. Masukkan 2sb minyak. Goreng seketika ikan masin. Angkat ke tepi.
2. Guna minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan belacan hingga naik bau. taknak letak belacan pun takpa
3. Masukkan sedikit air
4. Masukkan cili merah, kailan, ikan masin, sos tiram. Gaul rata.
5. Dah masak boleh angkat.

Tips: Jika terlalu masin, lebihkan air ataupun tambah sikit je sos tiram untuk bagi balance rasa.

Kacang kan? Kak Mai dah cakap dah.

Masak-masak memang terus jadi punya.

Lepasni boleh cuba masak Cendawan Sos Tiram untuk menu berbuka.

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi sayur kailan
  • kailan goreng

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment