Sebenarnya saya tak pernah lagi makan cucur durian ni. Buat sebab nak rasa resepi simple ni tanpa guna baking powder.
Biasanya saya buat cucur pisang atau cucur nasi. Alah senang cerita orang panggil jompot pisang/nasi. Hehe.
Jadi, bila buat keputusan buat cucur durian ni, agak was-was sikit.
Sebab durian lebih sedap dimakan macamtu je. Kalau digoreng macam rasa pelik sangat.
Tapi cuba jugaklah. Sebab nak rasa. Hehe.
Dan yang bestnya resepi ni gluten-free!
Saya tak guna tepung gandum pun. Saya guna tepung gluten free yang khas untuk buat muffin, cake, roti.
Bahan cucur durian:
- 10 ulas durian
- Air secukupnya
- Secubit garam
- Tepung gluten-free (agak-agak je)
- Gula secukupnya (organic cane sugar)
Cara masak:
- Asingkan isi durian dari bijinya
- Campurkan tepung, gula, garam dan air secukupnya
- Panaskan minyak. Goreng sehingga keperangan
- Angkat dan boleh hidang
Resepi ni tak guna baking powder, yis mahupun telur. Sebab saya kurang gemar cucur yang kembang bulat cantik tapi rasa kureng. Hehe.
Sebab rasa macam terlebih tepung.
Selera saya lebih kepada nak cucur biasa.
Tapi, walaupun resepi ni takda bahan yang saya sebut tu, masih jugak terbentuk cantik selepas digoreng.
Yang penting, korang kena pandai ubahsuai kelikatan adunan tu.
Tips:
Untuk buat cucur yang tak benyek, pastikan adunan tak terlampau cair. Dan kalau taknak cucur jadi keras, pastikan adunan tak terlampau pekat.
Masa nak goreng tu, tunggu minyak panas. Dan masa goreng api gas jangan terlalu kuat atau terlalu slow.
Kalau slow, nanti cucur tu serap minyak. Kalau api kuat pulak, cucur korang hangus. Hehe.
Boleh tengok rupa adunan kat video bawah:
Rasa Cucur Durian?
Rasa dia macam makan cucur pisang. Cuma beza dia rasa durianlah. Hehe.
Cuma lidah saya ni agak pelik bila makan durian yang digoreng. Alangkan durian crepe pun saya rasa pelik gila masa mula-mula makan dulu.
Apalagi durian goreng yang baru first time cuba nih. Hehe.
CARIAN BERKAITAN:
- Resepi cucur durian sedap
- cucur durian lembut
- Resepi simple cucur
- Serawa durian simple