Resipi Rendang Daging Sedap Simple

Setiap kali bulan puasa, rendang daging memang tak pernah tinggal sebab sedap dimakan dengan nasi kosong.

rendang daging simple

Ni resepi yang selalu dijual kat warung Mak Dya dari dulu lagi. 

Rendang daging kadang akan jadi renyah nak masak sebab kita kena tunggu daging empuk dulu.

Kalau tak empuk, gerenti daging asyik terselit celah gigi je. Kan? Haha.

Dya paling suka kalau daging yang dimasak guna daging ‘fresh’.

Sebab daging segar isinya lembut. Cepat masak berbanding daging frozen.

Cara masak rendang daging senang je.

 

Print

clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
rendang daging

Resepi Rendang Daging


  • Total Time: 1 hour 20 minutes
  • Yield: 0 orang 1x

Description

Resipi rendang daging ni menggunakan pelbagai rempah yang buat rasa lebih sedap dan harum


Ingredients

Units Scale

Bahan-bahan Utama rendang daging

  • 2 kg daging lembu (| dipotong & dibasuh bersih)
  • 5 sb cili giling
  • 5 sb kerisik
  • 5 sb kari daging
  • 2 liter Santan
  • 2 keping asam keping
  • 3 helai Daun limau purut (| dihiris halus)
  • 2 helai Daun kunyit (| dihiris halus)
  • 2 kuntum Bunga Kunyit (| dihiris halus)
  • Gula dan garam (secukup rasa)

Bahan Kisar

  • 10 Batang Serai (| Potong kecil)
  • 2 Biji Bawang Besar
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 1 Genggam Cili Padi
  • 10 Biji Buah Keras
  • 2 Inci Kunyit Hidup

Bahan Tumisan

  • 2 Biji Bawang Besar (| Dihiris)
  • 4 Biji Bawang Putih (| Dihiris)
  • 5 Biji Buah Pelaga
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 2 Biji Bunga Lawang
  • 10 Biji Cengkih

Instructions

Cara Masak Kari Daging

  1. Rebus daging hingga empuk. Setelah empuk ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Guna api kecil.
  3. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar serta rempah kari dan cili giling. Gaul rata. Masak sehingga pecah minyak dan pastikan sentiasa dikacau supaya tumisan tak hangus.
  5. Masukkan pula daging yang dah direbus tadi bersama sedikit air rebusan daging. Jangan semuakan dulu.
  6. Kemudian masukkan santan. Tunggu sehingga mendidih dan kuah jadi pekat sedikit. Lepastu baru tambah lebihan air rebusan daging tadi.
  7. Masukkan kerisik, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan masak sehingga kuah rendang kering sikit. Jangan kering sangat.
  8. Taburkan daun kunyit, bunga kunyit dan daun limau purut ke dalam rendang. Gaul rata.
  9. Jika rasa dah sebati dan sedap, dah boleh angkat dan hidang.
  10. Hidang bersama nasi atau roti jala atau lemang atau ketupat atau roti kosong dan lain-lain.

Notes

Ambil satu senduk rendang daging, makan dengan nasi panas-panas. Fuhh, memang layan.

  • Prep Time: 20 minutes
  • Cook Time: 1 hour
  • Category: Main Course

 

Rendang ni guna banyak rempah. Dya paling suka guna daun limau, daun kunyit dan bunga kunyit. 

Sebab rendang tu akan jadi lebih wangi dan berselera je nak makan bila waktu berbuka nanti.

Kalau rasa tak cukup rempah di rumah, boleh cuba resepi Rendang Daging Campak-Campak ni. Sebab guna bahan yang ringkas je. Hehe.

 

 

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star