Resepi Serawa Durian Cicah Roti Versi Sihat Simple Sedap

Tahun ni menjadi-jadi buah kat kebun ni terutamanya durian. Meriah betol buah kat pokok. Saya memang minat resepi serawa durian cicah roti. Ada orang panggil pengat durian.

serawa durian mudah dan sedap
serawa cicah roti wholemeal

Bagi saya serawa durian berbeza sangat dengan bubur durian sebab tekstur serawa lebih pekat dan memang buat macam sos pencicah.

Kalau bubur durian tekstur lebih cair dan khas untuk kita hirup ratah kuahnya macamtu je. Nak lagi sedap, bubur durian campur kacang hijau dan sagu. Fuhh!

Serawa durian pulak sedap buat cicah dengan roti, pulut kukus. Kuah pekat baru sedap.

Terpulang pada selera masing-masing. Hehe.

Resepi Serawa Durian Edisi Sihat Tanpa Santan & Gula Putih

Untuk resepi ni, bahan yang digunakan semua fresh dan organik.

Dan versi sihat sikitla sebab saya tak guna gula putih langsung. Gula putih tak elok untuk usus kita.

Tanpa Gula Putih

GI (glisemik indeks) pada gula putih ni tinggi.

Maksudnya, kadar resapan gula dalam darah sangat cepat dan boleh meningkatkan paras gula dalam darah.

Tak bagus untuk perut, terutamanya mereka yang ada masalah gerd/anxiety/ekzema/dan lain-lain.

Sebab tu saya bertukar guna gula tebu organik yang mana GI nya lebih rendah.

Tapi walaupun GI rendah, penggunaan tak boleh berlebihan jugak. Cuma kadar resapan gula dalam darah tu takdalah selaju gula putih.

Tanpa Santan

Tak guna santan bukan bermakna santan tak sihat. Tapi, anak allergy santan! Habis naik gegata satu badan nanti.

Jadi, saya gantikan santan dengan susu lembu je lah.

Tabur Sikit Gula Kelapa Untuk Seri

Saya gantikan gula melaka dengan gula kelapa organik. Gula ni tujuan untuk menambah seri warna pada serawa tu je. Takdala nampak pucat nanti.

Jadi, tak perlu korang campak banyak sangat gula melaka atau gula kelapa tu dalam serawa okay?

sedapnya serawa durian!

Jom kita start.

Bahan-bahan Simple Serawa Durian

  • 10 Ulas durian
  • 5 ulas durian tambahan (masuk last nanti)
  • 3 sk gula tebu organik (tak perlu banyak sebab durian dah manis)
  • 1 sk gula kelapa organik (tak perlu banyak, cukup untuk serikan warna sahaja)
  • 1 cubit garam laut organik / sea salt boleh juga guna garam pink himalayan
  • 1 cawan susu segar (Nak cair, tambahkan lagi susu)
  • 2 helai daun pandan (diikat)

Cara Masak Serawa Paling Mudah

  1. Masukkan susu segar, 10 ulas durian, gula tebu, gula kelapa, garam laut, daun pandan ke dalam periuk
  2. Masak guna api perlahan. Kacau rata.
  3. Masak sampai pekat. Kalau kuah terlampau pekat, tambah lagi susu dan adjust gula jika rasa tawar.
  4. Bila kuah serawa dah pekat ikut yang kita suka, tutup api.
  5. Masukkan 5 ulas durian tadi dan gaul rata. Yang ni biar ada rupa lagi la duriannya. Hehe. Sebab yang 10 ulas dah hancur sebati jadi kuah kan?
  6. Angkat dan cicah dengan roti wholemeal atau roti jala atau pulut kukus. Slrrp!

Tips:

Untuk sukatan gula tebu tu, tak perlu terlampau banyak. Agak-agak sahaja ikut manis yang kita suka.

Durian dah manis, jadi Dya lebih suka masukkan sikit je gula dalam masakan. Kurang gula lebih bagus. Hehe.

Nak cepat, meh tengok video cara buat kat bawah ni ok:

CARIAN BERKAITAN:

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment