Kat Mana Ada Jual Lontong Soon Sekitar Pagoh Waktu Pagi

Untuk yang duduk kat kawasan sekitar Pagoh, kadang pepagi mesti korang terasa nak makan lontong Johor kan?

Tapi, masa nak makan masa tu lah confirm buntu nak makan kat kedai mana. Betul tak? Sebab tu lah problem saya tiap kali nak keluar makan. Soalan paling susah, ” Nak makan kat mana?” Haha.

Kat Mana Ada Jual Lontong Soon Sekitar Pagoh Waktu Pagi

Nah, saya bagi idea nak makan lontong kat mana. Korang singgah je warung tepi jalan depan kedai makan Selera Kampung Kak Mai.

Warung ni kedai tu yang punya. Cuma dibuka luar kedai dan dalam kedai jugak.

Kedai makan Selera Kampung Kak Mai ni dibuka tiap hari ahad sampai jumaat saja. Start 7 pagi ke 4 petang.

Tapi menu lontong ni biasanya cepat habis waktu pagi. Saranan saya cepat-cepat beli waktu pagi lah. Kang habis menangis tak berlagulah korang.

Kat Mana Ada Jual Lontong Soon Sekitar Pagoh Waktu Pagi

Saya makan kat warung depannya. Sama kedai cuma warung dibukak kat depan. Jangan terkejut pulak tengok soon banyak dalam mangkuk lontong Johor saya tu. Haha.

Memang sengaja request lebih sikit. Sekarang ni memang ngidam yang tu je sebab sedap.

Kat Mana Ada Jual Lontong Soon Sekitar Pagoh Waktu Pagi

Sambal untuk match kan dengan lontong ni biasanya sambal tumis. Sedap jugak bila campur sambal. Makan panas-panas masa cuaca mendung lepas habis hujan syok gila kot weh.

Kat Mana Ada Jual Lontong Soon Sekitar Pagoh Waktu Pagi

Berapa Harga Lontong Johor Kat Kedai Makan Pagoh?

Harga pun murah kat sini. Kat Kedai Selera Kampung Kak Mai jual lontong telur diorang RM4 je.

Kalau kat sekitar Seremban ni susah nak cari menu lontong. Duk pusing pun takkan jumpa punya. Orang seremban dengan orang Johor selera lain sikit. Hehe

Kenyang perut lepas makan. Next time nak repeat makan soto pulaklah. Cam sedap pulak tengok customer lain duk hirup soto panas-panas cicah sambal kicap kat meja sebelah ni.

Ni snap sikit warung depan. Ada banyak lagi menu lain sebenarnya masa ni. Cam nasi lemak, soto, nasi ayam, sarapan pagi, etc. Dah sebab nak sangat makan lontong, kita order lontong johor je lah. Hihi.

Kat Mana Ada Jual Lontong Soon Sekitar Pagoh Waktu Pagi

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • Lontong johor jawa Indonesia
  • How to make lontong
  • Lontong sedap kat pagoh
  • Isi Lontong
  • Lontong Malaysia
  • Resepi lontong
  • Lontong sedap kat pagoh

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment