Sambal Kicap Power Berapi Tahan Lama Dan Sedap

Ada banyak cara nak masak sambal kicap sebenarnya. Resepi yang Dya nak kongsi ni jenis pedas berapi & sedap.

Lain orang lain cara masaknya.

Ada orang suka goreng dulu cilinya, ada orang suka masak kuah sambal kicap, ada orang tambah bawang goreng dalam sambal kicap. 

sambal kicap sedap

Tapi Dya buat resepi turun temurun dari mama.

Dari dulu memang sentiasa jadi kegilaan ramai. Cuma pedas berapi lah. 

Resepi Sambal Kicap Power Tahan Lama Dan Sedap Pedas Berapi

Tapi kan, untuk sambal kicap resepi ni, makin lama dia makin tak pedas sebenarnya.

Dan sangat tahan lama. Seminggu boleh tahan tanpa masuk dalam peti ais.

Dya bagi amaran awal-awal tau. Kalau tak tahan pedas, korang goreng dulu cili tu ataupun masak kuah sambal kicap korang.

Ataupun kalau guna resepi Dya yang ni, kena tunggu dalam 2 hari baru makan sambal kicap.

Sebab kalau baru siap buat, pedas dia memang berapi tak boleh bawak bincang dah. Haha.

Tips Kurangkan Pedas Sambal Kicap Johor:

  • Tambahkan gula dalam sambal
  • Perah limau sambal
  • Goreng cili dahulu @ goreng/masak kuah sambal kicap yang dah siap dikisar

Bahan-bahan Sambal Kicap Pedas Berapi:

  • 1 Genggam bawang putih
  • 1 Genggam cili api (kurangkan kalau tak tahan pedas)
  • 2 Biji limau sambal (terpulang pada citarasa)
  • Secubit ajinamoto
  • 4 sudu Gula
  • [email protected] sudu kicap (Tak payah susah2 sukat, Dya tuang kicap sama paras dengan cili & bawang putih kat dalam blender tu)

Resepi atas tu hidangan untuk 100 orang makan. Tapi, rasanya tetamu takkan ambik banyak sambal sebab pedas namatey. Hihi.

Kalau nak buat sikit je, bawang putih tu guna 3 biji , cili 15 biji dah cukup.

Cara Masak Sambal Kicap Power Johor:

  1. Kisar bawang putih, cili, kicap dan gula sampai halus
  2. Kemudian masukkan dalam bekas dan letak sedikit ajinamoto. Tak letak pun takpa
  3. Kalau terlampau pedas, tambah gula.
  4. Perah limau untuk bagi rasa ada masam-masam sikit. Jangan banyak sangat. Ikut selera masing-masing
  5. Untuk kurangkan lagi pedas, masak kuah sambal kicap tu dalam kuali. 
  6. Boleh buat cicah dengan pisang goreng, tauhu begedil, tahu goreng, tempe goreng, soto nasi, macam-macam lagi.
  7. Resepi ni memang kuah tekstur jadi pekat & sedap. TAK PERLU tambah air sebab rasa dia tak berapa umpph nanti.

Keluarga Johor Dya jenis memang suka makan cili mentah. Kadang buat sambal tumbuk pun pakai cili & bilis mentah macamtu je. 

Tapi pastikan basuh bersih dulu lah.

Sebab bila pakai bahan mentah, rasa dia lagi pior & kawww.

Kalau perut tak tahan pedas, masak dulu cili tu okay? Karang ada yang ulang alik masuk tandas je. Hihi.

Resepi Sambal Kicap Power Kaww Tahan Lama

Resepi ni pedas berapi dan tahan lama. Kalau tak tahan pedas, ikut tips yang saya bagi kat atas.
Prep Time15 mins
Cook Time15 mins
Course: Snack
Keyword: resepi sambal kicap sedap, sambal kicap
Servings: 100 orang

Ingredients

Bahan Kisar Sambal Kicap:

  • 1 Genggam Bawang Putih
  • 1 Genggam Cili Padi
  • [email protected] Senduk Kicap | ikut citarasa (Dya letak paras kicap sama paras cili, bawang masa dalam blender tu)
  • 1 Cubit Pak Aji
  • 4 Sudu Gula | Ikut citarasa
  • 2 Biji Limau sambal | Belah 2

Instructions

Cara Buat Sambal Kicap Power Berapi:

  • Kisar kesemua bahan. Dah siap
  • Kalau nak buat sikit je, guna 3 biji bawang putih, 15 biji cili dah cukup. Kicap, dan gula secukup rasa
  • Kalau terlalu pedas, tambah gula lagi, perah limau sikit
  • Kalau tak tahan pedas sangat, masak kuah sambal kicap tu dalam kuali.

CARIAN BERKAITAN:

  • sambal kicap sedap
  • resepi sambal kicap johor
  • sambal kicap bihun sup
  • sambal kicap goreng pisang
  • Tauhu begedil sambal kicap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment