Resepi Simple Stail Cina, Sup Soto Daging Dengan Sambal Kicap

Korang suka makan sup soto dengan apa biasanya? Ada banyak versi sup soto contohnya soto nasi, mihun soto, mee soto, soto makasar, soto ayam & soto brunei.

Dya pulak jenis suka makan soto Muar. Sebab ada sambal kicap. Kalau takda sambal ni rasa macam tak puas makan.

Kalau malas masak atau teringin makan soto yang dah siap korang pergi je kat warung selera kampung Kak Mai.

Kalau terlebih rajin, bolehla masak kat rumah je. Sebab nak buat sup soto daging stail selera cina di China ni senang gila.

Resepi Simple Stail Cina, Sup Soto Daging Dengan Sambal Kicap

Masa masak soto sup daging ni, taugeh kat pasar habis! Adeh. Jadinya, Dya makan tanpa taugeh la jawabnya. Haha.

Resepi Simple Stail Cina, Sup Soto Daging Dengan Sambal Kicap

Nak masak pun tak payah guna banyak rencah. Kuah sup daging ni jenis yang rasa dia sedap & tak terlampau banyak rempah kat dalam.

Sebab ada orang jenis suka makan sup daging jenis camni. Yang Dya perhatikan masyarakat Cina di China buat sup macamni.

Tak terlalu banyak rempah. Light2 je supnya. Tapi sedap!

Bahan masak sup daging sedap:

2-3 hiris halia

Segenggam daging (nak letak banyak pun ok)

1 biji tomato (belah 4)

Hirisan limau

Sedikit Rempah sup

 Garam secukupnya

Bahan sambal kicap pedas:

15 tangkai cili (ditumbuk halus)

1 biji bawang putih (ditumbuk)

Gula setengah sudu (untuk hilangkan rasa pijar cili tu)

Kicap (ikut suka nak banyak mana)

Cuma bezanya Dya match kan dengan sambal kicap. Kat China mana makan pedas. Sup diorang je jenis simple. Hehe.

Tekak orang Malaysia kan suka benda pedas. So kita makanla dengan sambal kicap.

Resepi Simple Stail Cina, Sup Soto Daging Dengan Sambal Kicap

Cara masak sup daging stail cina:

  1. Rebus daging selama 2 jam (jika air berkurangan tambah air)
  2. Kemudian masukkan hirisan halia ke dalam masakan
  3. Masukkan pula rempah sup. Sikit je. Tak payah banyak sangat. Dalam 2 sudu kecik camtu
  4. Campurkan tomato yang dah dibelah ke dalam sup tu
  5. Letak garam secukup rasa.
  6. Hidang dengan nasi impit yang dah siap rebus awal. Tabur daun bawang & daun sup yang dihiris halus
  7. Letak juga hirisan limau (perah limau ke dalam sup tu untuk bagi rasa sedikit masam)
  8. Untuk sambal kicap pula, tumbuk cili padi sampai lumat, kemudian masukkan bawang putih, gula dan kicap secukupnya
  9. Dah boleh makan!

Rasa sup ni sangat imple dan tak terlalu berat dengan bau rempah. Next time Dya akan share dengan korang cara masak sup bakso dan sup lain pulak.

Nak masak sup sebenarnya ada banyak gila cara berbeza. Hehe.

Baca Juga  Resepi Rendang Daging Sedap

 

CARIAN BERKAITAN:

  • Sup daging lembu
  • resepi sup daging lazat
  • resepi soto daging
  • rempah sup soto
  • cara masak sup soto daging



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment