Sarapan Resepi Bihun Goreng Putih Singapore Sedap

Dulu Dya tak pernah suka makan bihun putih atau orang biasanya panggil bihun Singapore, sebab pelik dengan warna dia. Hehe.

Tapi, Dya mula minat bihun singapore lepas rasa yang mama masak untuk dijual kat kedai Kak Mai.

Bihun Goreng Putih Singapore, Resepi Sarapan Pagi Sedap

Rasa dia “light” dan kita rasa enjoy bila makan. Tak terlampau lapar, tak terlampau kenyang. 

bihun singapore sedap

Perut jadi sedap & kita nak buat kerja pun senang hati je. Hehe.

Tapi, bihun Singapore yang Dya suka makan jenis yang tak banyak minyak tau.

Macam kat bawah ni. Tekstur lembut & rasa sebati.

bihun singapore

Ada sesetengah kedai makan, jual bihun putih Singapore diorang, minyak dia…

MashaAllah banyak sangat.

Bila minyak terlampau banyak, bihun Singapore tu akan jadi takda rasa dah.

Tak kisahla masak apa pun, kalau minyak terlebih, rasa masakan terus hilang dan jadi tak sedap.

Jadi, korang masa nak menumis nanti jangan masukkan terlampau banyak minyak ok? Hehe.

Cukup sekadar untuk menumis bahan kisar je.

Resepi yang Dya kongsikan sini Dya ada masakkan untuk Baby Aali jugak.

Cuma bezanya untuk baby Dya tumis guna unsalted butter & lada sulah 

Resepi ni untuk 4-5 orang makan.

bihun goreng lembut singapore

Bahan Kisar Bihun Goreng Singapore:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sb udang kering 
  • 5 Biji cili padi

Bahan Masak Bihun Goreng Putih:

  • 1/2 plastik bihun (rendam dengan air panas @ air sejuk)
  • 1 Genggam ayam (potong dadu)
  • 1 Genggam daun bawang, daun sup yang dah dihiris halus
  • Carrot hilis halus
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Simple Memasak Bihun Goreng Singapore:

  1. Bahan kisar tu blend dengan sedikit air
  2. Panaskan 4 sudu minyak dalam kuali
  3. Tumis bahan kisar sampai naik bau & masak
  4. Masukkan 1 cawan air.
  5. Masukkan ayam. Gaul rata. Masak  hingga ayam masak & air tadi berkurang sikit. Guna api kecil
  6. Masukkan lobak/carrot
  7. Kemudian masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
  8. Baru masukkan bihun. Gaul rata
  9. Boleh angkat. Hidang dan taburkan daun bawang/daun sup, bawang goreng

Kalau nak lagi best, korang boleh hias dengan hirisan cili merah ataupun telur dadar potong halus2.

Boleh Cuba Masak Tengahari Lauk Ayam Masak Tempoyak

Resep Bihun Goreng Putih Singapore Sedap Simple

Bihun goreng putih singapore sangat sedap makan waktu pagi. Sulam dengan air teh panas. Sarapan simple tapi sedap. Fuh, terbaik!
Prep Time15 mins
Cook Time20 mins
Course: Breakfast
Keyword: bihun goreng putih, bihun goreng sedap simple, resep bihun goreng singapore
Servings: 2 orang

Ingredients

Bahan Kisar Bihun Goreng Putih:

  • 1 biji Bawang besar
  • 3 Biji Bawang putih
  • 2 Sb Udang kering
  • 1 Sk Lada sulah
  • 1/2 genggam Bilis
  • 5 Biji Cili padi

Bahan Utama Bihun Goreng Singapore:

  • 4 Genggam Bihun | Rendam dengan air panas
  • 1 Genggam Daun sup daun bawang yang dah dihiris halus
  • 1 Genggam Ayam | Potong dadu
  • Garam dan gula | Secukup rasa

 

CARIAN BERKAITAN:

  • resep bihun goreng putih
  • bihun goreng putih lada sulah
  • cara masak bihun singapore simple
  • resepi bihun goreng sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment