Selera Mengidam Makan Nasi Ayam Juragan Sungai Serdang

Dulu Dya tak tau pun pasal nasi ayam juragan ni. Pergi ke kedai ni pun sebab family mertua suka ke sini.

Iklan
Selera Mengidam Makan Nasi Ayam Juragan Sungai Serdang

Meriah sambal nasi ayam dia.

Menu femes yang ada kat sini nasi lemak ayam dan nasi ayam. Masa first time singgah kedai juragan ni, masa tu kat kapar.

Beli sarapan pagi nasi lemak ayam kat situ. Tiap pagi memang ramai orang ke sana.

Tu yang kat kapar lah. Ada lagi satu cawangan kedai kat area sungai serdang. Kat sini ada pilihan lain.

Eh, tapi tak taula kalau kat kedai kapar pun ada menu yang sama cam kat sungai serdang ni.

Menu yang ada kat Sg Serdang pulak, ada nasi ayam, nasi lemak ayam, roti canai, dan makanan goreng-goreng.

Selera Mengidam Makan Nasi Ayam Juragan Sungai Serdang

Teringat ada satu hari, sebab teringin sangat makan nasi ayam kat Juragan, gigih gerak dari Seremban lewat petang.

Sanggup tempuh jammed sampai 3 jam. Sekali sampai kat kedai, tutup! Peh time tu rasa nak menangis weh.

Dengan perut dah kebulor, tekak teringin sangat, boleh pulak kedai ni tutup. Adeh.

Tapi disebabkan tekak masih teringin, Dya dan suami datang hari lain pulak. Kalini waktu siang. Haha.

Sedap Sangat Ke Nasi Ayam Juragan?

Jarang sebenarnya nak jumpa kedai jual nasi ayam yang kena dengan tekak Dya ni.

Kebetulan masa mengidam, selera Dya cam rasa sedap sangat nasi ayam kat sini.

Selera Mengidam Makan Nasi Ayam Juragan Sungai Serdang

Kuah dia best, sambal kat ayam dengan kicap dia pun banyak. Kadang ada kedai kedekut sambal nasi ayam.

Dya ni dahla jenis suka sambal nasi ayam banyak-banyak atas nasi tuh. Hehe.

 

 

 

 

CARIAN BERKAITAN:

  • kedai nasi ayam sedap di kl
  • nasi ayam sedap sungai serdang
  • nasi ayam juragan selangor
  • best halal rice chicken in kl

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment