First time rasa kuih dangai kukus beli di pasar, saya terkejut sebab sedap sangat!
Masa ngap saya tau memang kuih ni jenis gluten free sebab terasa kelapa dan tepung pulut pada kuih tu
PrintResepi Kuih Dangai Kukus
- Total Time: 0 hours
- Diet: Gluten Free
Ingredients
- 1/2 cawan Kelapa parut
- 1/2 cawan Tepung pulut
- 1sb Gula kelapa
Instructions
Cara Masak kuih:
- Gaul semua. masuk dalam bekas untuk kukus
- Lubangkan tengah letak gula kelapa
- Kukus 30 minit
Notes
Tips: Tak perlu tekan kuat adunan tepung dan parutan kelapa, cukup sekadar melekat cantik di bekas kukus kuih tu
- Prep Time: 10 Minit
- Cook Time: 30 Minit
- Category: Kuih Muih
- Cuisine: Malaysia
Kuih Dangai Kukus Guna Tepung Pulut
Kuih dangai rupanya antara makanan gluten free yang mana bahan yang digunakan antaranya tepung pulut, gula kelapa dan kelapa.
Gabungan bahan makanan yang mana bagi saya pilihan lebih sihat berbanding kuih lain yang rata-rata guna tepung gandum (gluten).
Sedap!
✅Gi Rendah
✅Gluten Free
✅Makan tanpa rasa bersalah
Dapat kuih dangai dalam 7-8 dangai saiz sederhana. Cukup untuk 2-3 orang makan
Guna Gula Kelapa Asli
Saya ganti gula guna gula kelapa asli, pilihan lebih sihat.
Kalau taknak kukus pun boleh.
Ada orang lebih suka buat kuih dangai bakar. Masuk saja dalam oven atau ikut cara dulu-dulu bakar atas bara api.
Teringat pula zaman kecik-kecik dulu, masak nasi guna bara api. Rindunya.
Owh, Video FULL recipe kat TT saya . Dalam video saya guna bekas merah comel.
Atau korang join sesiap channel Koleksi Resepi Gluten Free sebab saya update full recipe kat sana juga.
Jom cuba juga Resepi Tosei Gluten Free
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- kuih dangai kukus
- resepi kuih dangai
- kuih dangai recipe
- kuih dangai bakar sedap