Resepi Keropok Lekor Extra Ikan

Sebut je Terengganu mesti teringat keropok lekor extra ikan. Sememangnya ni salah satu trademark negeri penyu. Yang buat rasa sedap ialah sebab rasa ikan dia yang kuat.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
keropok lekor terengganu gluten free

Resepi Keropok Lekor Extra Ikan


  • Author: Suri Shikin
  • Total Time: 0 hours
  • Diet: Gluten Free

Ingredients

Units Scale

Bahan-bahan :

  • 2kg ikan selayang
  • Tepung ubi <500g
  • 3 tbsp Lada hitam
  • 2 tsp baking powder
  • 2 tsp baking soda

  • Sedikit minyak

  • Garam secukup rasa
  • Chili flakes (sekiranya nak rasa pedas-pedas)


Instructions

Cara-cara membuat keropok lekor:

  1. Bersihkan ikan dan ambil isi ikan tersebut. 
  2. Kisar isi ikan bersama minyak dan lada hitam sehingga menjadi paste
  3. Masukkan semua bahan yang lain dan gaul sehingga sebati. 
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit agar adunan tidak terlalu lembik. 
  5. Uli adunan menjadi memanjang.
  6. Rebuskan adunan yang telah diuli selama 10 minit sehingga kembang.
  7. Sejukkan seketika sebelum digoreng.

Notes

Tips:

  • Rebus adunan sehingga betul-betul masak jadi, boleh disimpan berbulan-bulan di dalam freezer.
  • Jika nak rasa ikan lebih, kurangkan penggunaan tepung, lebihkan isi ikan.
  • Boleh juga inovasi dengan masukkan cheese di tengah-tengah ulian semasa uli menjadi panjang.
  • Prep Time: 20 Minit
  • Cook Time: 20 Minit
  • Category: Ikan
  • Cuisine: Malaysia

Keywords: resepi keropok lekor tanpa tepung ubi, keropok lekor kelantan, keropok lekor

keropok lekor

Keropok Lekor Terengganu

Kalau nak bandingkan dari terengganu dengan yang ada kat pasaran dari negeri lain, memang kebanyakan tak boleh challenge la rasa keropok lekor terengganu ni. Banyak kali dah ikin try beli tapi bila rasa, nak nangisnyaaa..

Sebab kita membayangkan yang kat terengganu, tapi yang dapat rasa tepung je. Ada la rasa ikan tu sikit. Sipi-sipi je rasa dia. Buat ghaso-ghaso orang kata.

Biasa kalau pergi terengganu ke atau ada sedara mara yang ke sana, memang wajib kirim la. Paling bestnya, kopok leko ni boleh tahan berbulan-bulan. Ada orang suka makan direbus gitu je. Ada orang suka digoreng. 

Cicah Sos Cili Homemade

Ikin lagi prefer digoreng la lepas tu cicah pulak dengan sos cili homemade. Gandingan terbaik la. 

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Keropok lekor Terengganu
  • goreng keropok lekor
  • resepi Keropok lekor nipis

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Suri Shikin
Latest posts by Suri Shikin (see all)

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star