Resepi Sweet Corn And Crab Meat Soup Chinese

sweet corn crab soup
Sweet corn crab meat soup

Asyik duk lalu lalang je menu sweet corn crab soup nih. Terliur tengok. Dya pernah makan menu masa kat hotel mana tak ingat dah. MashaAllah sedap gila! Seharian hirup sup pun takpa rasanya sebab sedap sangat. Hehe. Bahan yang digunakan pun tak renyah pun. Senang sangat. Jom!

Bahan Masak:

  • Jagung | direbus dan diasingkan bijinya
  • Isi ketam | rebus kemudian ambil isinya
  • 1 biji bawang merah | dihiris **
  • 4 biji bawang putih | dihiris **
  • 1 inci halia | diketuk
  • 2 sb minyak masak sawit
  • 2 biji telur | dipukul
  • Garam secukupnya
  • Mushroom seasoning
  • 1 sb tepung jagung | sebagai pemekat kuah
  • Bawang goreng, daun sup | untuk hiasan

Cara masak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan bertanda ** sampai naik bau
  2. Kemudian masukkan isi ketam dan gaul rata
  3. Masukkan air secukupnya untuk kuah sup. Tunggu kuah mendidih
  4. Bila kuah dah mendidih baru masukkan telur sambil kacau perlahan
  5. Kemudian masukkan pula tepung jagung yang dah dicampur sedikit air di dalamnya. Teruskan kacau
  6. Masukkan pula isi jagung ke dalam sup. Gaul rata hingga kuah pekat
  7. Last sekali, tutup api gas. Boleh perasakan sup dengan garam dan mushroom seasoning secukupnya
  8. Boleh angkat dan hidang dengan taburan daun sup serta bawang goreng

Tips:

Dalam resepi saya gantikan MSG dengan mushroom seasoning sebab ianya diperbuat daripada cendawan shitake dan garam sahaja. Dan paling best ianya Gluten Free, 100% Vegan. Rasa dia sedap!

CARIAN BERKAITAN:

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment