Dah lama sebenarnya Dya tau kewujudan resepi ayam masak bali ni. Sejak tular kat Facebook haritu.
Harini ada mood pulak nak cuba masak resepi viral nih.
Ayam Masak Bali Resepi Viral Paling Sedap
Gigih Dya buat kajian resepi ayam bali kat blog dan facebook.
Kebanyakannya guna bahan yang sama.
Dan terhasil lah ayam masak bali macam gambar kat bawah ni.
Tak sangka rupanya rasa dia boleh tahan sedap!
Jom kita tengok cara macamana nak masak
Bahan Kisar Untuk Tumis:
- 4 biji bawang besar
- 8 biji bawang putih
- 10 tangkai cili kering | potong dua, rebus, tos
- sedikit belacan
- 1 inci halia
Kisar semua bahan di atas dengan air paras separuh bahan tu. Bahan kisar tak termasuk serai dan daun kari tau.
Bahan Masak Ayam Bali:
- 1/2 ekor ayam
- 6 batang serai | diketuk
- 4 tangkai daun kari | ambil daunnya
- Gula garam secukup rasa
- Sedikit kicap manis | Dya letak 1sb
- 1sb serbuk kunyit
Cara Masak :
- Lumurkan serbuk kunyit dan secubit garam. Gaul rata dengan ayam.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam separuh masak. Tos dan Ketepikan ayam.
3. Kemudian, Keluarkan sedikit minyak. Anggaran dalam separuh macamtu. Sebab:
Dya jenis tak suka terlampau banyak minyak dalam masakan.
Kalau terlalu banyak minyak, minyak akan serap rasa makanan tu.
Guna sekadar minyak tu cukup untuk menumis sambal hingga terbit minyak.
4. Lepas dah keluarkan separuh minyak, tumis serai hingga naik bau.
5. Kemudian masukkan daun kari.
Goreng sekejap sahaja guna api sederhana. Jangan masak sampai hangus pulak. Hihi. Bagi naik bau je cukup.
6. Masukkan pula bahan kisar kemudian Tumis sehingga terbit minyak.
7. Kemudian masukkan kicap manis, garam, gula secukup rasa. Masukkan juga ayam ke dalam tumisan.
Tips:
Kalau sambal terlampau kering, tambahkan 1 cawan air. Adjust balik rasa sambal tadi. Kemudian, tunggu hingga kuah kering sedikit.
8. Gaul rata dan kalau rasa semua dah terangkat sedap, bolehla angkat dan hidang untuk dimakan dengan keluarga. Hehe.
Dya pertama kali cuba masak resepi ni sebenarnya.
Mulanya Dya ingat resepi ni rasa macam ayam masak merah. Rupanya lain sangat rasa dia.
Ayam masak bali ni rasa serai, kari, belacan, manis cukup rasa.
Rasa berbeza daripada biasa dan sedap!
Dya lagi suka ratah macamtu je. Kalau makan dengan nasi nanti cepat kenyang. Haha!
Ok lepasni boleh cuba masak Ayam Goreng berempah pulak. Rangup dan berjus!
Print Resepi di bawah:
PrintResepi Ayam Masak Bali
- Total Time: 1 hour
Description
Ayam masak bali ni kena ada rasa serai,daun kari, belacan, barulah terasa macam kat bali. Resepi ni sedap diratah macamtu saja.
Ingredients
Bahan kisar:
- 4 biji bawang besar
- 8 biji bawang putih
- 1 genggam cili kering (| Potong 2, rebus,tos)
- 1/2 inci halia (| tak letak pun takpa)
- sedikit belacan
Bahan Masak Ayam Bali:
- 1/2 ekor ayam
- 1 sb serbuk kunyit
- 2 sb kicap manis
- 4 tangkai daun kari (| ambil daunnya)
- 6 batang serai (| ditumbuk)
- gula garam (| secukup rasa)
Instructions
Cara Masak Ayam Bali:
- Lumurkan serbuk kunyit dan secubit garam pada ayam. Gaul rata
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Goreng ayam separuh masak
- Angkat. Tos dan ketepikan.
- Kemudian buang separuh minyak goreng tadi
- Tumis serai ke dalam kuali goreng tadi hingga naik bau
- Masukkan sekali daun kari. Masak sekejap sahaja.
- Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam tumisan
- Masak sehingga terbit minyak. Sekiranya kuah terlalu kering, tambahkan 1 cawan air
- Kemudian letak garam,gula secukup rasa. Kicap manis masukkan sekali. Gaul rata
- Masukkan pula ayam goreng ke dalam tumisan.
- Gaul rata dan tunggu hingga kuah kering sedikit.
- Boleh angkat untuk dihidang
- Prep Time: 30 minutes
- Cook Time: 30 minutes
- Category: Main Course
- Cuisine: Mediterranean
CARIAN BERKAITAN:
- resepi masak ayam azie
- ayam masak serai
- resepi ayam