Resepi Mudah Dan Sedap, Kuah Kacang Pool Johor

Pasti ramai yang dah sedia maklum, resepi roti kacang pool ni terkenal kat Johor. Semangkuk kuah penuh perisa, kemudian dicicah bersama roti yang lembut dan kenyal. Peh.

Rasa dia memang padu dan sedap untuk diratah setiap masa, terutamanya di waktu pagi.

Sebenarnya sebelum ni, saya bukan peminat kacang pool. Malah tak pernah rasa langsung kacang pool ni seumur hidup.

Sampailah satu masa tu, bila adik-adik ajak makan di bentayan, Muar.

Adik order roti pool johor. Saya sekadar pandang kemudian cuit sedikit untuk rasa. Memang betul-betul terasa sedap bila dipadankan dengan roti gebu tebal.

Haih masa tengah menaip artikel ni, tiba-tiba terasa haus pulak tekak. Korang tau buat mango lassi tak? Nah saya bagi link resepi artikel Resepi Minuman Manggo Lassi . Jangan lupa baca ok?

Segarnya rasa kalau dapat minum sekarang. (gulp, telan air liur)

Resepi Kuah Kacang Pool Johor Sedap Dan Mudah

Ok, sambung cerita..

Jadi, gigihla cari resepi untuk buat kacang pool johor ni. Rupanya banyak jenis kacang dimasukkan untuk hasilkan resepi kacang pool.

Dan kacang yang paling saya pelik adalah “foul medammas”. Gigih cari kat youtube ape benda la foul medammas ni?

Cari kat Google, foul medammas dipanggil juga dengan nama fava beans. Jenuh cari kat pasaraya tak jumpa nama kacang ni.

Dan nasib baik ada orang bagitau foul medammas ni nama melayunya, kacang parang. Haha! Selama ni duk belek kat kedai runcit memang ada nampak nama produk kacang parang.

Tapi, yelah. Kita fokus pada nama foul medammas je. Jadi, sampai kesudah lah tak jumpa. Ni antara benda baru yang saya tau. (Maaflah, sis baru belajar masak kacang pool. Hihi)

Resepi Mudah Dan Sedap, Kuah Kacang Pool Johor

Nak buat kuah kacang pool pun bukannya susah rupanya. Bahan-bahan pun takda lah renyah sangat. Antara bahan untuk resepi kacang pool dan roti gebu adalah:

Resepi Kuah Kacang Pool Johor Sedap Dan Mudah

bahan tumis

Bahan-bahan tumis:

3 Sb minyak sapi/ghee butter

1 biji bawang merah (cincang halus)

2 biji bawang putih (ditumbuk)

1 Sb serbuk lada hitam MAK SITI

2 Sb ketumbar (ditumbuk halus)

25gm serbuk kari daging MAK SITI

1.Selesai saja tumis semua bahan kat atas, korang boleh terus masukkan bahan utama untuk kacang pool ni iaitu:

Resepi Kuah Kacang Pool Johor Sedap Dan Mudah

Bahan utama resepi kuah kacang pool:

400gm daging kisar

1 tin kacang parang

2 Sb gula

1 tin kacang bakar/baked bean

Garam secukup rasa

1 tin kacang merah

Air secukupnya

2. Campurkan kesemua bahan di atas & gaul rata. Jangan tinggal periuk tu, sebab nanti hangit kacang pool korang. Haha.

Untuk kekacang tu, korang beli je kat pasaraya yang dah siap ada jual dalam tin. Tapi pastikan, semua kacang dihancur/dilenyek sebelum masuk ke dalam kuali masing-masing.

3. Agak-agak daging & semua bahan dah masak sempurna, boleh lah hidang terus untuk dicicah bersama roti.

Disebabkan saya tak jumpa lagi roti tebal gebu untuk kuah kacang pool, jadi saya guna roti biasa saja untuk cicah kuah kacang pool.

Dan untuk menambah lagi rasa sedap pada kuah kacang pool tu, korang boleh perah limau kat kuah. Memang sedap!

Nak lagi mudah, tonton terus video cara masak kuah kacang pool johor kat video bawah ni:

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • resepi kacang pool haji
  • kacang pool larkin
  • kacang pool wan maimunah
  • kacang pool haji putrajaya
  • resepi kacang pool arab
  • kacang pool kl
  • kacang pool haji bomba
Summary
Recipe Name
Resepi Mudah Dan Sedap, Kuah Kacang Pool Johor
Author Name
Published On
Preparation Time
Cook Time

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment