Resepi Pajeri Terung Sedap

Siapa suka makan lauk pajeri? Pajeri ni memang kegemaran Dya dari dulu lagi. Terutamanya pajeri terung dan nenas.

resepi pajeri terung

Dulu Dya kurang gemar masakan pajeri.

Sebab rasa pelik kenapa rupa macam masak kari? Sesuai ke makan terung & nenas dengan kari?

Sampailah satu hari tu terdetik nak makan pajeri nenas yang mama masak untuk lauk jualan bazar.

Start dari situ yang Dya terus minat pajeri sampai sekarang.

Tapi dalam resepi ni Dya akan kongsikan resepi pajeri terung. Ni pun cuba resepi dari Eina Azman. Sedap! Hihi.

Resepi Pajeri Terung Sedap

Jom tengok cara simple masak pajeri terung:

Resepi Pajeri Terung

Lauk pajeri sedap dimakan bersama nasi panas waktu berbuka puasa nanti.
Prep Time15 mins
Cook Time20 mins
Course: Main Course
Servings: 2 orang

Ingredients

Bahan-bahan utama

  • 6 Batang Terung | Belah 2
  • 1 Batang Cili Merah | Belah 2
  • 2 Inci Gula melaka | potong setebal 2 inci
  • 2 Kuntum Bunga Lawang
  • 4 Biji Buah Pelaga
  • 5 Tangkai Cengkih
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 3 Sb Kari daging | campur sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1 senduk nasi Kerisik
  • 1/2 Kotak Santan
  • Garam | secukup rasa

Bahan Kisar

  • 1 Biji Bawang merah | dipotong
  • 4 Biji Bawang Putih
  • 1 Genggam kecil Cili Kering
  • 1 Inci Halia

Instructions

Cara Masak Pajeri Terung

  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Tumis kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
  • Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam tumisan.
  • Masukkan juga pes kari daging. Gaul dan biar seketika.
  • Kemudian masukkan santan, gula melaka, kerisik dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
  • Akhir sekali masukkan terung & cili merah.
  • Tunggu sehingga terung masak dan boleh diangkat serta dihidang.

Aduh..sedapnya lahai bila terbayangkan pajeri terung nih. 

Kalau suka resepi ni, mesti rasa nak cuba masak Resepi Rendang Daging Tradisional 

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment