Resepi Biskut Cornflakes Madu Rangup Dan Mudah

Harini baru je selesai bakar biskut cornflakes madu rangup. Mudah sangat nak buat.

Tahun ni tiba-tiba ada mood pulak nak buat kuih raya. Haha.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
cornflakes madu rangup sedap

Resepi biskut Cornflakes Madu Rangup


  • Total Time: 1 hour 20 minutes
  • Yield: 200 bekas 1x

Description

Biskut paling mudah buat dan cepat siap. Bahan pun simple je.


Ingredients

Units Scale

Bahan-bahan biskut cornflakes madu

  • 9 Sudu Besar madu
  • 3/4 Cawan Gula Perang
  • 500 gram Cornflakes
  • 300 Bekas mangkuk kertas
  • 1 Botol kecil sprinkles
  • 250 gram Butter
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla

Instructions

Cara Masak Biskut Cornflakes Madu Rangup:

  1. Hancurkan sedikit cornflakes madu yang dah siap dimasak supaya mudah nak masuk ke dalam bekas nanti. Asingkan tepi.
  2. Masukkan butter, gula perang dan madu di dalam periuk. Masak guna api kecil.
  3. Gaul rata dan tunggu butter serta gula larut dengan sebati.
  4. Matikan api dan tunggu sehingga adunan tu suam.
  5. Kemudian baru campurkan cornflakes ke dalam periuk. Gaul sebati dan angkat.
  6. Masukkan cornflakes madu ke dalam mangkuk kertas dan hias dengan sprinkles
  7. Bakar pada 150° selama 7-8minit. Angkat terus selepas masak.
  8. Biarkan biskut sejuk baru masukkan dalam balang kuih raya.
  • Prep Time: 20 Min
  • Cook Time: 1 hour
  • Category: Biskut Raya
  • Cuisine: Malaysia

Senang je nak buat biskut cornflakes madu ni. Dapat banyak dan cepat jugak habis nanti. Haha.

Resepi ni dijamin cornflakes madu korang rangup dan tak melekat kat mangkuk kertas tu.

Teringat masa 12 tahun yang lepas. Lepas habis SPM, gigih pergi kerja kat kilang buat kuih raya.

Tujuan utama sebenarnya nak belajar buat kuih raya. Macam-macam jenis kuih Dya buat masa bekerja tu.

Kuih paling Dya suka ialah biskut nestum. Heaven sangat rasa dia.

Biskut Cornflakes Madu Sedap Dan Rangup

Biskut cornflakes madu rangup ni takda dalam list kilang tu. Ni ha, baru tergerak  hati nak cuba buat biskut raya.

Cara Buat Cornflakes Madu:

bahan cornflakes madu simple

Butter, madu, sprinkles, cornflakes, gula perang dan esen vanilla (lupa nak snap)

bahan biskut cornflakes

Masukkan butter, gula perang, esen vanila, madu ke dalam periuk. Masak guna api kecil

cornflakes madu

Masak sehingga jadi berbuih macamni. Matikan api dan rehatkan sekejap sampai suhu adunan jadi suam

cara buat biskut cornflakes

bila suhu dah suam, baru campurkan cornflakes. Gaul rata.

biskut cornflakes madu rangup

Masukkan dalam cup dan tabur dengan sprinkles. Kemudian bakar dalam oven[/caption]

Duk leka buat dapatlah dalam 300 bekas biskut cornflakes madu. 

Kos yang diperlukan ada dalam anggaran RM20+ 

Bahan yang diperlukan pun simple, mudah dan cepat je siap.

Kalau rasa nak print resepi ni, korang boleh tengok ringkasan resipi cornflakes kat atas. Boleh terus tekan button print.

cornflakes rangup madu

Senang je kan nak buat? Pejam mata pun boleh siap. Haha.

cornflakes raya

Tips hasilkan cornflakes madu rangup dan tak melekat kat cup:

  1. Pastikan adunan yang dimasak suam dahulu. Jangan masukkan cornflakes masa tengah panas mendidih sebab nanti cornflakes korang akan lembik
  2. Madu letak 9 sudu dah cukup. Jangan terlalu banyak sebab nanti cornflakes akan melekat kat cawan kertas.
  3. Bakar sekejap je. Dya buat 150° selama 7-8 minit. Angkat terus selepas masak. Korang kena adjust suhu ikut kesesuaian oven masing-masing ya.
  4. Masukkan dalam balang kuih bila kuih dah sejuk supaya kuih kekal rangup.

Lepasni boleh cuba resepi bakar biskut untuk Baby pulak.

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi cornflakes madu khairul aming
  • cornflakes butter
  • cornflakes madu rangup sukatan cawan

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

14 Comments

  1. Rahimah Aris June 4, 2020
    • dhia June 17, 2020
  2. SITI February 21, 2021
  3. dhia March 25, 2021
  4. Nor hayati March 28, 2021
  5. Aida April 30, 2021
  6. anis May 7, 2021
  7. Hanis May 12, 2021
    • dhia May 20, 2021
  8. Shasha May 12, 2021
    • dhia May 20, 2021
  9. steph May 18, 2021
    • dhia May 20, 2021

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star