Resepi Pisang Goreng Kekal Rangup Walaupun Dah Sejuk

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Dya suka gila makan pisang goreng cicah sambal kicap. Dan pisang tu wajib rangup bila digigit.

Tapi, selalunya kalau beli kat tepi jalan, pisang yang dijual kurang memenuhi citarasa.

Jarang-jarang jumpa sebenarnya.

Ada satu tempat warung tepi jalan, area bandar sri putra, berdepan kedai makan.

Dya lupa pulak nama kedai makan tu.

Haa..Pisang goreng pakcik tu sedap gila.

Pisang yang dia jual semua besar-besar, gemok dan sedap!

pisang goreng rangup

Kadang tu kalau kat tempat lain, pisang rangup, tapi tepung je lebih & berminyak. Ada pulak, jual pisang goreng lembik lepas digoreng.

Disebabkan sukar jumpa yang Dya suka, so, kita buat resepi campak-campak asal jadik.

Pisang Goreng Ni Dah Sejuk Pun Tetap Rangup

Resepi pisang ni mudah sangat-sangat. Dan guna beberapa bahan sahaja.

Tapi, hasil dia. Fuhh, walaupun pisang dah sejuk, tetap rangup bila dimakan.

Tips:

Pastikan bancuhan air tak terlalu cair. Kena ngam2 je. Cara nak tau, bila korang salut pisang dengan tepung, bancuhan tepung tu tak terlerai dari pisang.

Bancuhan pisang goreng melekat dengan pisang tu.

Dya guna pisang kapok kat dalam video bawah ni. Sedap gila!

Nak buat pisang goreng pun ada jenis pisangnya. Kalau guna pisang emas, Dya tak tau jadik apa nanti.

Mungkin hasilnya pisang lembik kot? Hehe. Tak pernah cuba lagi.

Resepi Goreng Pisang Sedap:

Bahan-bahan bancuhan goreng:

1 cawan tepung beras

Sedikit air

secubit garam

secubit serbuk kunyit sebagai pewarna kuning pada pisang

Cara Goreng Pisang Yang Betul:

  1. Masukkan tepung beras, garam dan serbuk kunyit di dalam mangkuk
  2. Kemudian masukkan air sikit-sikit. Sampai bancuhan tu boleh digaul cantik
  3. Gaulkan pisang dengan bacuhan tadi.
  4. Goreng di dalam kuali sehingga pisang berwarna keemasan
  5. Boleh rujuk video kat bawah

Cubalah kat rumah nanti. Confirm rangup! Kat luar rangup, kat dalam lembut.

Dan yang paling penting, rasa pisang tu lengkap & memang terasa sebati dengan tepung.

Korang perlu juga cuba resepi sambal kicap power untuk cicah dengan goreng pisang nanti.

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment