Biskut Makmur Gluten Free Gebu Cair Di Mulut

Biskut makmur ni antara kuih kegemaran suami.

Bila makan tak boleh gigit sikit-sikit, sebab confirm cair kat dalam mulut.

Buat Biskut Makmur Tanpa Tepung Gandum

Kebanyakan biskut kat luar akan guna tepung gandum sebagai bahan utama.

Sedangkan sebenarnya kita boleh buat guna bahan pilihan lebih sihat tanpa gluten

Saya guna 2 jenis tepung untuk hasilkan biskut makmur.

Bau pure butter sedap sangat-sangat. Rasa lemak, dan manis pun guna gula pilihan lebih sihat.

Resepi yang saya share di bawah ni confirm orang akan tambah berkali-kali.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
resepi biskut makmur gebu

Biskut Makmur Gebu Cair Di Mulut


  • Total Time: 37 minutes
  • Yield: 5 Orang 1x

Description

Tak cukup kalau ngap biskut makmur sebiji. Nak buat biskut gluten free hanya guna tepung beras, tepung jagung, tepung susu.Rasa dia gebu!


Ingredients

Units Scale

BAHAN A : Inti Biskut Makmur

  • 250 g kacang tanah (sangai, buang kulit, kisar kasar)
  • sedikit unsalted butter cair atau minyak masak

BAHAN B: Bahan-bahan biskut makmur

  • 2 cawan tepung beras | disangai
  • 2 cawan tepung jagung | disangai
  • 125 g unsalted pure butter
  • 1/4 cawan susu tepung fullcream fernleaf | terpulang jika nak guna atau tidak
  • 1/2 cawan gula kelapa | kisar halus
  • Minyak EVOO secukupnya (boleh je guna minyak sawit biasa)

BAHAN C : Bahan Salutan Biskut

  • Gula orcs atau gula kelapa secukupnya untuk salut biskut nanti | kisar halus macam tepung

Instructions

STEP A: Cara Buat Inti Kacang biskut makmur

  1. Campurkan kedua bahan untuk bagi inti melekat. senang nak gaul dengan tepung biskut nanti

STEP B: Cara Buat

  1. Campurkan tepung beras, tepung jagung, tepung susu. Gaulkan dengan pure butter & gula kelapa.
  2. Kemudian masukkan minyak evoo ke dalam adunan. Kuantiti minyak evoo bergantung pada tekstur biskut tu. Jika dah tak melekat-lekat di tangan dan boleh bulatkan dengan cantik, maknanya dah mencukupi minyaknya. Boleh je pakai minyak masak biasa.
  3. Bulatkan adunan, tekan bahagian tengah untuk masukkan inti kacang. Tutup dan bulatkan kembali.
  4. Susun atas parchment paper yang dialas pada dulang pembakar. Ataupun jika tiada parchment paper, sapu sedikit butter pada dulang pembakar untuk memudahkan angkat biskut selepas dibakar
  5. Kemudian bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 150°

STEP C:

  1. Keluarkan dari oven biarkan suam sekejap baru gaulkan dengan kisaran gula orcs atau gula kelapa.
  2. Siap!
  3. Tunggu sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara
@asmrdhia

🍪 Biskut Makmur Raya Gluten FREe! Jangan lupa save! Nah, resepi #biskutmakmur tanpa gluten/#glutenfree Bahan²: 🍪2 cawan Tepung beras | sangai 🍪2 cawan tepung jagung | sangai🍪125g unsalted pure butter 🍪1/4 cawan susu tepung fernleaf full cream 🍪1/2 cawan gula kelapa | kisar haluss 🍪Minyak EVOO secukupnya Inti Biskut makmur: 🍪250g kacang tanah | sangai 🍪Sedikit unsalted butter 🍪Gula Orcs secukupnya untuk salut biskut nanti Bakar 150°, 20minit Bergantung pada oven masing² FULL RECIPE kat bio #tiktokfood #glutenfreeflour #kuihraya2023

♬ Bersama Di Hari Raya – Cenderawasih
  • Prep Time: 20 minutes
  • Cook Time: 17 minutes
  • Category: Snack
  • Cuisine: Mediterranean

Keywords: makmur kacang, resepi biskut makmur, resepi biskut makmur cair di mulut

Tips Biskut Makmur

  • Jika gaulkan biskut masa masih panas, salutan gula akan jadi lebih tebal pada biskut tu nanti
  • Biskut selepas dibakar agak rapuh. Jadi perlu tunggu suam sedikit baru salut dengan gula kisar

biskut makmur cair di mulut gebu

Saranan saya, makanlah berpada-pada. Kerana walaupun guna bahan pilihan sihat, jumlah carbs dan gi gula orcs pada biskut agak tinggi. Tak sesuai untuk orang yang nak diet. Hehe.

Jika nak diet, tukarkan gula di bawah dengan gula lulus keto atau gula kelapa (rendah Gi).

Makan berpada-pada untuk lepaskan kempunan. Jangan ngap sampai berbakul-bakul ok?

Jom Cuba Masak Ayam Goreng KFC Bebas Gluten

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi biskut makmur gebu
  • Biskut makmur cair di mulut
  • Resepi biskut makmur legend

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star