11 Tempat Makanan Sedap Paling Best Di Tawau Sabah

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Ogos 2019 Dya dan suami serta anak pergi bercuti ke Tawau dan Tenom Sabah. Antara makanan best tawau yang korang kena cuba:

11 Makanan Best Dan Sedap Di Tawau Sabah

  1. Mee Tauhu Tawau
  2. Yam Yam
  3. Ketam masak telur masin
  4. Nasi ayam hainan
  5. Berobbok
  6. Kapurung
  7. Pisang penyek
  8. Sayap ayam
  9. Nasi Gondrong
  10. Bangkek
  11. Bogos

Destinasi kalini kitorang bawak sekali kawan-kawan ke sana.

Dan trip 6 hari 5 malam bukan di sekitar Kota Kinabalu je. Kitorang berjalan sampai ke Tenom dan Tawau.

Ikut kat itinerary patutnya ke Kudat jugak. Tapi tak sempat. Jadual padat dengan aktiviti best. Hehe.

Saranan Dya, kalau korang nak jelajah Sabah, buat sikit-sikit dahulu.

Contohnya bercuti 4 Hari 3 Malam ke Kota Kinabalu Sabah.

Kemudian, next time jelajah kawasan Tawau pulak.

Pengalaman Menarik Bercuti Di Sabah

Kat tawau ni, aktiviti yang best adalah pulau di Semporna. Jarak perjalanan dari Tawau ke Semporna dalam sejam lebih.

Kemudian dari jetty semporna ke pulau-pulau ambil masa sejam atau dua jam, bergantung pada cuaca.

Trip ke Semporna Dya tak ikut sebab tak sesuai untuk bawak baby ke pulau di Semporna.

Jarak dari pulau ke pulau terlalu jauh. Dya risau Aali akan meragam sepanjang perjalanan dalam bot.

Jadi, kawan-kawan Dya je lah yang ke sana. Boleh baca pengalaman diorang kat artikel xxxxxx

Tips Bila Bercuti Di Tawau Dan Semporna

Untuk yang nak ke tawau, Dya sarankan supaya menginap di hotel sekitar Tawau. Kemudian, berjalan lah ke pulau naik kereta sewa.

Selain pulau, benda paling best kat Tawau Sabah ni terletak pada kepelbagaian makanan mereka.

Orang kata Tawau ni syurga makanan orang Sabah. Banyak makanan bugis kat situ.

Jadi, untuk yang minat nak merasa masakan dan makanan best kat Tawau, Dya ada merasa masakan di beberapa kedai.

Semuanya sedap gila!

Kalau nak tau tempat makan lain yang best sekitar Sabah, boleh juga cuba baca kat artikel Tempat Makan Best Sabah.

Mee Tauhu Tawau

Mee tauhu ni kat Kota Kinabalu pun ada jugak. Area Kingfisher.

Rasa sedap mee tauhu ni terletak pada kuah dia. Masa first time makan dulu, Dya pelik tengok kenapa mee kicap je kan.

Mee Tauhu Tawau (pic by afzalsukasuki)

Rupanya bila dah siram kuah mee tauhu, pehh sedap gila weh!

Perah pulak limau kat kuah tu. Gaul campurkan dengan mee tadi.

Kalau kat Tawau boleh cari mee tauhu kat Restoran nee tauhu, Plaza Damai, Tawau

Yam Yam

Yam yam ni sebenarnya bebola macam yong tau fu tu ha. Cuma bezanya kat Tawau ni bebola tu digoreng.

Kemudian korang makan sekali dengan mihun goreng & sambal dia.

Yam yam

Ketam Telur Masin

Menu yang ni neyra yang rasa. Dya tak sempat nak rasa sebab Aali dah meragam nak tidur.

Tapi, diorang cakap ketam masak telur masin ni sedap gila gila.

Korang boleh dapatkan menu yam yam dan ketam telur masin ni kat kedai Noona

Ketam telur masin

Nasi Ayam Hainan

Ok, kat semenanjung memang ada jual nasi ayam hainan.

Tapi berbeza sangat dengan nasi ayam hainan dari Sabah.

Nasi ayam kat Sabah rasa dia sedap gila.

Gune beras panjang, nasi lembut, bau dan rasa lemak pada nasi ayam tu.

Rasa ayam sebati pada nasi ayam hainan dari Sabah ni.

Nasi ayam hainan

First time Dya rasa nasi ayam hainan sedap masa ke Kota Kinabalu ikut pakej bercuti haritu.

Peh, dia punya sedap tu tak perlu tambah sambal, kicap dan sup dah.

Makan macamtu je dah cukup sedap.

Kat Tawau boleh beli nasi ayam hainan sedap kat kedai Wangi Chicken Rice, berhadapan heritage hotel tawau.

nasi ayam hainan

Bubur Berobbok

Korang wajib cuba bubur berobbok ni.

Lain daripada yang lain.

Selama ni Dya makan bubur nasi biasa paling-paling lauk je berbeza.

Tapi bubur berobbok ni sedap gila!

Dalam bubur ni ada campuran isi ayam, jagung, lada putih, macam-macam lagi.

Bila hirup bubur ni, pehh rasa fresh dan nyaman sangat.

Berobbok

Kapurung

Untuk menu kapurung ni sebenarnya sama je macam ambuyat.

Cumanya cara masak tu berlainan.

Kapurung ni dimasak sekali dengan lauk-lauk dia.

Kalau ambuyat pulak, lauk dia berasingan daripada tepung sagu tu.

Bahan utama semestinya tepung sagu yang rasa kenyal-kenyal.

Cara makan, korang kena telan terus. Tapi, Dya ni sejenis makan suka mengunyah. Haha.

Tak boleh nak telan macamtu je takut terbelahak pulak masa makan nanti.

Kapurung

Pisang Penyek/Pappek

Weh pisang ni best buat kudap-kudap.

Rasanya macam kerepek pisang tapi pisang ni tebal sikitlah dari kerepek.

Jadi, bila makan rasa kenyal dan sedap dicicah dengan sambal.

Dya ada baca dalam blog, ada orang gelarkan ni pisang pappek.

Untuk menu kapurung, pisang penyek dan berobbok korang boleh dapatkan di Eastern Plaza, Tawau.

Pisang penyek

Sayap Ayam Tawau

Kalau ke Sabah menu paling sedap semestinya sayap ayam.

Orang semenanjung biasanya panggil kepak ayam.

Kat Kundasang tempat jual sayap sedap kat warung pak Ali dengan satu lagi kedai tu. Tak ingat nama dia.

Tapi serius sedap gila weh.

Yang gambar bawah ni boleh cari kat sekitar Tawau jugak.

Sayap ayam

Nasi Gondrong

Nasi ni paling lejen! Paling Sedap!

Rasa dia tak tau nak digambarkan macamana.

Bukan masak kicap tau.

Ayam gondrong ni macam ada rasa sos cili campur sos tiram, cili api, dan bahan lain yang Dya sendiri tak tau nak describe.

Nasi gondrong

Tapi memang power la nasi gondrong nih. Sedap teramat tak terkata.

Dya order yang pedas.

Memang berapi tapi sedap sangat-sangat.

Suami mulanya dia jual mahal taknak makan.

Sekali dia rasa puan isteri dia makan nasi ni, terus order lagi satu bawak balik hotel. Hahah.

Korang boleh cuba menu ni kat Gerai Lelek Nasi Gondrong. Bukak dari pagi sampai ke malam.

Memang puas hati dapat makan nasi ni.

Ayam pedas nasi gondrong

Kuih Bangkek

Kuih bangkek ni ada dijual kat pasar besar Tawau.

Perisa asli kuih bangkek kelapa. Sedap buat kudapan.

Biskut dia nipis-nipis je.

Perisa terbaru diorang buat rasa coklat.

Dya beli RM10 je untuk balang sedang.

Dua-dua perisa sedap. Tapi Dya lebih suka kuih bangkek kelapa. Sebalang ni rasa boleh habis makan sorang je nih.

Kuih bangkek kelapa

Kat pasar besar Tawau ni ada banyak lagi makanan Sabah yang lain. Tapi, Dya beli bilis, kuih bangkek dengan amplang je.

Yang kuih muih lain, next time baru beli. Hehe.

Untuk makluman korang, kalau nak cari bilis, amplang murah beli kat Tawau.

Sebab kat Kota Kinabalu tu mahal dah. Harga dua kali ganda daripada yang dijual di Tawau ni.

Pasar besar tawau

Bogos

Dan yang ni orang sana panggil bogos. Sebenarnya ni pulut panggang biasa je.

Cuma nama je lain. Dan saiz dia lebih besar berbanding pulut panggang kat Semenanjung.

Seketul bogos ni dijual dengan harga RM1.50

Yang ni pun boleh cari sekitar bandar Tawau.

Bogos

Korang boleh baca pengalaman best masa Dya Bercuti 6 Hari 5 Malam kat Kundasang, Tenom dan Tawau Sabah.

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment