Resepi Ringkas Nasi Goreng Kampung Belacan Pedas

Sejak pregnant sebenarnya Dya rasa macam taknak makan makanan bergoreng. Tapi, entah kenapa tu jadi menu harian masa hamil. Haha!

Salah satunya nasi goreng kampung belacan pedas. Peh. Memang kaww terasa sedap gila.

Tiap kali balik kampung memang menu nasi goreng kampung jadi pilihan. Jadi, pekerja (cik tim)  kat kedai makan mama lah jadi mangsa untuk masakkan nasi goreng kampung pedas. Hehe. Sebab cik Tim masak sedap gila weh.

Cumanya kalau singgah makan kat kedai makan selera kampung Kak Mai Pagoh.  Jangan order pedas gila sebab yang asal memang dah pedas.

Kalau korang order pedas gila memang jawabnya telinga berasaplah. Pedas berapi tapi sedap!

Tu yang syok bila balik kampung,  ada orang tolong masakkan. Balik rumah sendiri kena masak sendiri jawabnya.

Resepi Ringkas Nasi Goreng Kampung Belacan Pedas

Harini cam biasa teringin nasi goreng kampung belacan pedas. Pergi “sreng” (menggoreng) kejap kat dapur guna resepi cincai ringkas tapi sedap. Hehe.

Bahan-bahan nasi goreng kampung belacan pedas:

1 biji bawang besar (ditumbuk)

2 biji bawang putih (ditumbuk)

5-7 tangkai cili padi (ditumbuk)

secubit belacan (dibakar & ditumbuk)

1 ketul ayam daging (potong kecil)

Sedikit ikan bilis (digoreng)

Sedikit tempe (dipotong)

Sayur kobis (dipotong)

1 Mangkuk nasi putih

Garam dan perasa secukupnya

Resepi Ringkas Nasi Goreng Kampung Belacan Pedas

 

Cara masak nasi goreng kampung belacan:

  1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali
  2. Masukkan ayam serta bilis dahulu untuk biar masak sempurna
  3. Kemudian tepikan sedikit daripada minyak tadi, dan tumis pulak bahan yang dah ditumbuk tadi
  4. Tumis hingga naik bau
  5. Masukkan pula nasi putih. Gaul rata
  6. Jangan lupa masukkan juga garam & ajinamoto secukup rasa (biasanya Dya tak letak aji pun. Cuma garam dan sedikit gula saja untuk bagi balance)
  7. Masukkan kobis pula ke dalam masakan dan gaul rata hingga masak sempurna
  8. Dah siap dan boleh hidang!

Senang je pun masak nasi goreng ni. Cuma biasanya Dya lagi suka orang lain yang masakkan. Haha! Sebab selera masak sendiri dengan orang lain masak ni berbeza. Betul tak?

Sebab kita dah kenyang dengan bau masakan masa memasak tu. Hihi.

Sebenarnya nasi goreng kampung biasanya orang akan padankan dengan kangkung. Tapi, Dya ni sejenis kurang suka makan kangkung tu yang ganti dengan kobis. Hehe. Terpulang pada korang nak letak sayur apa dalam masakan nasi goreng masing-masing.

Haritu sempat merasa chicken chop dalam dulang kat Muar. Korang cubalah makan kat kedai tu. Ok jugakla rasa masakan diorang. Hehe.

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi nasi goreng kampung sedap giler
  • Nasi goreng kampung belacan simple
  • resepi nasi goreng sedap dan ringkas
  • cara masak nasi goreng bujang
  • resepi nasi goreng biasa



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment