Resepi Simple Ayam Sambal Berlado Pedas

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Harini teringin sangat nak makan ayam sambal berlado resepi campak-campak. Hehe.

ayam sambal berlado belacan
ayam sambal berlado

Walaupun Simple, Ayam Sambal Berlado Ni Pedas Sedap

Dya reka sendiri je resepi ni.

Orang lain Dya tak tau apa bahan yang mereka guna. Hihi.

Tapi resepi yang ni. Memang menjilat jari habis. Sedap sangat.

Ada rasa belacan sikit, rasa lemak manis, pedas, masin secukup rasa.

Bahan-bahan sambal:

  • 1 biji bawang besar | saiz besar*
  • 2 biji bawang putih*
  • 10 tangkai cili*
  • 1 cubit belacan dibakar*
  • secubit asam jawa campo air sikit
  • Garam dan Gula secukupnya

Bahan-bahan untuk Goreng Ayam:

  • 4-5 ketul ayam
  • 2 sb kari daging
  • 1sb gula
  • secubit garam
  • 1sb sos tiram

Cara Masak Ayam Berlado

  1. Gaulkan rempah kari daging, sos tiram, gula dan garam secukupnya. Letak air sikit buat jd paste.
  2. Gaul ayam dalam tu.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Goreng ayam hingga garing. guna api sederhana. Ketepikan
  5. Tumbuk lumat bahan bertanda *
  6. Masukkan 1 senduk kecil minyak goreng ayam tadi
  7. Tumis bahan tumbuk tu, dalam 1min
  8. Masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa
  9. Masak sampai pecah minyak (terbit minyak) .Kalau Kering, tambah air sikit
  10. Kemudian masukkan ayam
  11. Gaul rata. Boleh angkat untuk dihidang

Pekena makan sambal ayam berlado ni dengan nasi putih panas memang asyikk!

Tak payah dah tambah lauk lain. Hehe.

Siap ratah menjilat jari.

4 ketul ayam ni, ikutkan tak cukup untuk seorang tau.

Mana taknya, Dya suka ratah ayam ni dan habiskan sambal sekali. Licin terus. Hihi.

Nasib baiklah kat rumah ni tinggal sikit je ayam. Kita ratah apa adanya je lah. Haha!

Lepasni cuba masak Resepi Ayam Goreng Kunyit Pulak

Print Resepi di bawah:

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi sambal berlado sedap
  • ayam masak sambal hijau
  • ayam masak sambal

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment