Sejak saya tukar pemakanan pilihan sihat 4 tahun lepas, saya sangat kurang makan makanan ready made di pasaran. Termasuklah susu pekat manis. Susu pekat di pasaran ada banyak kandungan yang tidak sihat untuk kita. Jadi, haritu terfikir nak cuba masak sendiri resepi susu pekat manis homemade guna 3 bahan saja.
List bahan pilihan sihat lain ada di TELEGRAM AsmrDhia
Video Buat Sendiri Resepi Susu Pekat Manis:
Tau tak, ni percubaan kali ketiga saya sebenarnya. Yang sebelum ni tak jadi! Cuba ikut resepi orang kat Malaysia, siap guna gula kelapa premium yang mahal harganya.
Rasa nak menangis bila dua kali tak jadi. Saya cuba resepi yang guna susu, butter, air dan gula kelapa. Hasilnya tak memuaskan hati.
Susu pekat jadi berminyak dan terlampau kental.
Jadi, seperti biasa saya buat rujukan resepi orang luar negara. Resepi mereka menjadi!
Saya lebih suka rujuk resepi pilihan sihat luar negara sebab mereka lebih advance dalam pemakanan macamni.
Termasuklah resepi Roti Gluten Free yang saya ada kongsikan haritu. Hanya menjadi bila berkali-kali mencuba pelbagai resepi berbeza.
Jom tengok resepi susu dulu.
3 Bahan Susu Pekat Homemade:
- 500ml Susu Jenis A2
- 130gm Orcs (unrefined organic cane sugar)
- Secubit @ 1 sk Baking soda (brand arms & hammer)
Tips: Nak susu lagi manis, tambah secubit garam Himsalt. Rasa susu akan bertukar lebih manis
Untuk resepi guna gula ORCS, saya tak berani tambah banyak gula sebab GI dia masih tinggi lagi, 80%. Cukup untuk buat rasa-rasa je.
130gm ni dah cukup manis kalau di lidah saya. Saya kurang makan manis. Jadi terpulang pada kalian nak tambah banyak mana.
Saranan saya, gula ORCS tu boleh ganti guna gula kelapa atau gula lulus keto. Gula ORCS ni Gi masih tinggi, jadi penggunaan kena berpada2.
Jika ganti gula kelapa, susu pekat akan jadi warna coklat. GI gula kelapa lebih rendah dalam 30% saja.
Cara Masak Susu Pekat Pilihan Sihat:
- Masukkan susu dan gula di dalam periuk. Guna periuk kaca lebih mudah nak kawal sebab takkan berlaku hangus kat bahagian bawah. Jika guna periuk biasa. Kena gaul selalu supaya susu tak hangus
- Hidupkan api. Masak guna api perlahan 40-45 minit. Kena sentiasa perhati dan gaul susu sebab taknak susu melimpah keluar dan hangus
- Bila dah bertukar warna golden brown, dah boleh tutup api. Atau boleh terus masak hingga dapat kepekatan yang kalian mahukan
- Kemudian, matikan api dan masukkan secubit baking soda. Gaul rata. Baking soda ni untuk bagi effect susu berbuih. Contoh kalau buat teh tarik, ada buihnya tu wak. Hehe.
- Tunggu susu sejuk sendiri suhu bilik. Kemudian, simpan dalam bekas kaca kedap udara
- Simpan dalam peti ais untuk ketahanan lama sedikit
Tips: Nak susu pekat, masak lama sedikit. Sampai susu pekat ikut yang kalian nak. Tapi jangan pekat sangat sebab nanti masa proses penyejukan, susu akan makin pekat. Lebih2 lagi bila simpan dalam peti ais
Nota extra: Gula Orcs bukanlah pilihan sihat tapi ianya pilihan lebih ok berbanding gula putih. Untuk sesiapa yang cuba nak stop gula putih, boleh cuba dahulu dengan gula orcs, kemudia bertukar ke gula kelapa (pilihan lebih sihat)
List bahan pilihan sihat lain ada di TELEGRAM AsmrDhia
CARIAN BERKAITAN:
- Resepi susu pekat
- Homemade susu 3 bahan
- Cara Buat susu pekat manis