Adunan Sukatan Tepung Roti Gluten Free

Tahun ni saya aktif membuat ujikaji resepi gluten free sehinggalah saya jumpa adunan sukatan tepung roti gluten free di blog International Blogger Mrs Kim (klik link oren untuk lihat)

tepung roti gluten free

Tepung Roti Segera Gluten Free

Hasil perkongsian Mrs Kim sangat menakjubkan

Sebab saya buat biskut dan roti gluten free guna sukatan beliau tunjuk, dan menjadi!

Cumanya saya tidaklah ikut sepenuhnya bahan di situ. Ada bahan yang saya ubahsuai mengikut kesesuaian di Malaysia

Resepi Guna Tepung Roti Segera

Antara resepi yang saya dah buat guna tepung segera ni seperti:

  • Resepi Roti Artisan Gluten Free Sourdough (resepi saya akan update kemudian)

Bahan Ganti Tepung Roti Gluten Free

Contohnya whey protein isolate saya ganti dengan bahan lain. Serta serbuk susu saya pilih yang sesuai di pasaran

Saya sudah tapis siap-siap semua bahan yang saya guna

Tiada bahan pelik-pelik dan paling penting tiada kandungan maltodextrin dalam bahan yang digunakan

Perlu diingatkan, dalam pemakanan, kita kena bijak dan banyak buat survey bahan makanan yang bagus untuk digunapakai

Tak boleh sukahati guna tanpa belek bahan penuh pada sesuatu produk di pasaran

Saya ada senaraikan bahan masak yang ok di kotak oren di bawah

Manakala untuk tahu bahan yang saya sudah pilih dan ubahsuai, saya letak info ini di dalam CLASS GFSD (klik link OREN untuk lihat)

Ratio Sukatan Tepung Roti

Boleh rujuk ratio sukatan di bawah ini untuk rujukan:

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
tepung roti gluten free

Adunan Sukatan Tepung Roti Gluten Free


5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star

No reviews

  • Author: dhia
  • Diet: Gluten Free

Ingredients

Units Scale

570g tepung kentang (potato starch bukan potato flour)

500g Tepung beras (superfine)

150g Tepung Ubikayu

150g Whey Protein Isolate (bahan ganti masuk SINI)

30g Xanthan Gum


Instructions

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas kedap udara
  2. Goncang hingga sebati dan tutup rapat
  3. Guna bila diperlukan

Notes

Tepung roti ini kategori Tinggi Glisemik Indeks dan Tinggi Karbohidrat Ringkas. Maka ianya tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah rintangan insulin/diabetes

  • Category: gluten free
  • Method: Gluten Free
  • Cuisine: Malaysia

CARIAN BERKAITAN:

  • Tepung roti malaysia
  • Resipi tepung roti high protein
  • Tepung roti gluten free

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star