Bubur Candil Resepi Manisan Gluten Free

Teringin pula makan bubur candil kuah santan. Dan paling penting, masak Guna bahan bebas gluten iaitu tepung pulut

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
bubur candil

Resepi Bubur Candil


5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star

No reviews

  • Author: dhia
  • Total Time: 40 minutes
  • Yield: 3 orang 1x
  • Diet: Gluten Free

Ingredients

Scale

Bahan-Bahan Bubur Candil:


Instructions

Cara Masak Bubur:

  1. Campurkan air sikit-sikit ke dalam tepung pulut. Sukatan air tu jangan banyak sangat. Cukup bila uli tepung tu dah tak melekat-lekat kat tangan.
  2. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian. Campurkan warna berbeza pada setiap bahagian.
  3. Serbuk pewarna yang saya guna tu daripada labu, beetroot dan bayam
  4. Uli bagi warna sekata dengan tepung.
  5. Bila dah sekata, cubit sikit bentukkan bulat dan golekkan. Jika nak leperkan di tengah pun boleh selepas bulatkan kecil2
  6. Kemudian panaskan air dalam periuk. Masukkan satu persatu bebola tu. Masak sehingga timbul atas air. Tapis dan letak tepi
  7. Kemudian dalam periuk kosong, masukkan daun pandan, air separuh periuk kecil, gula kelapa secukupnya dan letak garam sedikit untuk menaikkan rasa lemak
  8. Gaul sebati sampai gula dah larut.
  9. Kemudian masukkan santan secukupnya
  10. Last sekali, masukkan bebola
  11. Gaul rata . Tak perlu masak lama sangat sebab nanti santan pecah minyak tak cantik
  12. Dah panas boleh angkat & hidang

Notes

Pewarna saya guna tu boleh baca kat group khas ni 👉 Pewarna Asli Makanan

  • Prep Time: 20 minutes
  • Cook Time: 20 minutes
  • Category: Dessert
  • Cuisine: Malaysian

Rupa Selepas rebus dan tapis

Beza Bubur Candil dan Wadai Kepeng

Ada orang panggil bubur candil ni wadai kepeng. Bezanya hanya pada bentuk

Wadai kepeng tu kita leperkan je bentuknya kat tengah. Hehe. Bahan yang diguna tetap sama.

Bubur candil gula kelapa

Tips Kuah Bubur Warna Putih

Kalau nak kuah bubur warna cerah, ganti guna gula lulus keto (Stevia) atau gula ORCS. 

Cuma gula orcs ni gi tinggi. Guna berpada²

Ada orang suka campur tepung gandum (ada gluten)

Tapi bagi saya cukup memadai tepung pulut saja.

Bahan GLUTEN FREE, manis kita boleh kawal dan guna gula pun jenis rendah Gi (gula kelapa)

Baca Juga Resepi Bom Bijan Gluten Free

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi bubur candil tepung pulut
  • bubur tepung pulut dan sagu
  • bubur tepung pulut kuah santan

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star