Dya lambat sikit siapkan biskut cornflakes rangup sedap kalini. Sebab seminggu pertama memang pergi beraya dulu.
Biasalah, buat biskut raya last minit camnilah jadinya. Hihi.
Jumpa Resepi Biskut Cornflakes Rangup, Sedap, Mudah Sukat Guna Cawan
Masa first time buat biskut cornflakes, Dya rujuk sumber dari blog-blog masakan yang ada.
Tapi, rupanya tak semua blog bagi resepi yang menjadi. Sigh.
Mana taknya, first time buat, biskut bau hanyir telur, keras sikit & tak berapa sedap sebab bau telur kuat.
Terus Dya buang semua doh tu. Membazir rasa, tapi biskut tu jadi tak sedap gila lepas masak. Menyesal follow resepi orang yang tak menjadik.
Round kedua buat, Dya cuba resepi lain, alhamdulillah menjadi sangat biskut cornflakes nya.
Bahan yang digunakan pun takdalah renyah. Nak sukat pun guna cawan je.
Senang gila!
Resepi yang Dya sharekan dengan korang ni memang dah passed tahap kesedapan dia.
Memang biskut cornflakes jadi rangup, wangi, sedap dan paling penting senang nak buat.
Korang patut cuba resepi ni sebab Dya dah makan lebih 10 biji dah ni. Punya sedap rasa biskut dia.
Risau pulak nanti orang datang beraya tak sempat nak merasa. Haha!
Resepi Biskut Cornflakes Rangup
bahan-bahan biskut cornflakes rangup
Step 1 biskut cornflakes
Step 2 biskut cornflakes
step 3 biskut cornflakes
Step 4 biskut cornflakes
step 5 biskut cornflakes
Step 6 biskut cornflakes
Hasil biskut cornflakes lepas dibakar.
Senang je nak buat rupanya. Boleh repeat buat biskut raya untuk tahun depan pulak.
Plan nak buat banyak biskut raya tahun ni, tapi tak sempat. Sempat siap dalam 4 jenis je.
Cuba Buat Resepi Biskut makmur Cair Dalam Mulut
Owh kalau korang nak print resepi, boleh tekan button print kat bawah ni:
Sukatan 1 cawan ikea jenis stelna mug = 230gram
PrintResepi Biskut Cornflakes Rangup Sedap
- Total Time: 50 minutes
- Yield: 70 biji 1x
Description
Resepi ni memang menjadik. biskut cornflakes rasa sedap, rangup & wangi bau dia
Ingredients
Bahan-bahan biskut cornflakes rangup:
- 1 3/4 Cawan Tepung gandum (| 1 cawan = 230g)
- 1/4 Cawan Tepung jagung
- 1/2 Sudu Teh Baking powder
- 3/4 Cawan Gula kastor (| saya guna gula biasa, blend halus)
- 200 Gm Butter
- 1 Sudu teh Esen vanilla
- 1 Biji Telur (| ambil kuningnya sahaja)
Instructions
Cara Buat Biskut Cornflakes Rangup Sedap:
- Putar gula dan butter selama 5 minit. Putar guna whisk atau pemutar kek
- Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila, putar rata
- Masukkan bahan putaran tadi ke dalam satu bekas.
- Campurkan tepung jagung, tepung gandum & baking powder. Gaul rata. Doh akan jadi lembut sedikit
- Ramas kasar conflakes dan masukkan ke satu bekas asing
- Kemudian, doh tadi bulatkan dalam lebih kurang secubit atau satu sudu kecil
- Letak atas cornflakes dan golekkan. Tekan sedikit biar jadi bentuk leper dan cornflakes senang melekat. (Tak perlu buat bentuk besar sangat sebab biskut akan mengembang masa bakar nanti)
- Susun atas dulang pembakar. Bakar dengan suhu 150° selama 20 minit (bergantung pada oven masing2)
- Prep Time: 30 minutes
- Cook Time: 20 minutes
- Category: Dessert
- Cek belakang biskut tu.
- Kalau macam dah warna keperangan dah masak la jawabnya.
- Kalau masih putih maknanya belum masak lagi.
- Kalau dah warna coklat gelap maknanya dah hangus. Hhehehe.
Thank you so much for the recipe! Mmg jadi sedap, milky & crunchy. The kids loves it too much 😅
welcome.
Cawan saiz yg mana yer…
Guna cawan kaca ikea yang kaca tu. Rujuk gambar atas ada letak telur kuning dalam cawan ikea tu. Esok saya cuba timbang guna cawan tu dan update kat resepi ni semula
Mohon izin guna resipi ni utk berniaga boleh?
boleh..semoga dimurahkan rezeki ya
Saya ambik resepi nya yaa 🐝 terimakasih
sama2 ^_^
saya dah cuba terima kasih kongsi resepi terbaik sngt2 5 bintang saya bg.saya doakan awk sihat sekeluarga.
sama2…terima kasih mencuba resepi ^_^
Kalau guna cawan lain boleh x.?..
1 cawan saiz ikea tu dalam 230 gram
Alhamdulillah saya buat guna recipe sis… jadi
terima kasih kerana mencuba ^_^
Bila dh masak dlm die lembut yer dan luar rapuh? Betul ker…
Kalau baru keluar dari oven, kadang biskut akan mcm lembut sikit. Tunggu sejuk dulu. cara nak tau biskut dah masak, tengok bhg bawah biskut. akan jadi Warna brown sikit.
Biskut saya bawah dah brown, bila makan rapuh di luar lembut di dalam. Kenapa eh? 😅
biskut masih panas lagi? Kalau panas, tunggu sejuk dulu baru boleh simpan dalam bekas..Kalau baru keluar oven, terus makan, biskut akan rasa lembut kat dalam..kena tunggu sejuk dulu ^_^
Terima kasih atas resepi beserta gambar-gambar yg dsertakan bersama. Sekurang-kurangnya mudah nak faham bila ada gmbar. Walaupun sekadar gambar dalam mangkuk atau acuan yg digunakan kelihatan mudah, namun untuk beginners, gambar seperti ini sangat bermakna. Lepas ni nak try buat la. Nampak mudah! Excellent blog!
terima kasih…selamat mencuba!! ^_^
Baru try tadi. Sedap. Moga dimurahkan rezeki kak
alhamdulillah…Terima kasih mencuba resepi ^_^
Sis sukat guna cawan ape
guna cawan ikea jenis stelna
Saya buat biskut cornflakes pakai resipi puan. Jadi. Alhamdulillah.Terima kasih banyak. 😊
sama2 ^_^
Sis.. Serius sedap.. Saya follow resepi sis mmg mnjadi.. Rangup dan sedap.. Terima kasih sis share resepi.. Alhamdulillah
alhamdulillah..terima kasih mencuba resepi ni. Selamat berbuka ^_^
Tepung perlu diayak ke ?
tak perlu
Assalam sis…nak bakar kuih cornflake ni..guna api atas bawah ke…ke bawah je
guna atas bawah sis ^_^
Salam sis.. guna api atas bawah ke? berapa suhu atas/bawah
api atas bawah
Sy buat adunan mcm lembik.. Memang cmtu ke?
memang adunan lembut..jangan buat doh keras nanti biskut jadi keras..sebab nanti, Bila kita golekkan dengan cornflakes, adunan akan sebati terbentuk melekat cantik
Salam sis.. Berapa suhu atas Dan bawah. Terima kasih share resepi.
wkmslm..bergantung pada oven masing2..macam saya, saya guna 150° sahaja..
mmg terbaik resepi, sis serta org nya ramah mesra.
TQ! ^_^
Hai sis, kalau resepi ni guna margerine menjadi tak?
boleh je cuma biskut guna majerin biasanya ada bau hapak lama2…tu yang guna buttercup ^_^
Hai Sis, terima kasih kongsi resepi. Saya dah tiga kali baked guna resepi sis ni. My mom suka sangat. Habis je satu balang, dia request n lagi.
alhamdulillah..sama2 ^_^