Resepi Biskut Makmur Susu Sukatan Cawan Sedap Cair Di Mulut

Hi semua. Tengah buat apa je tu? Dya masih lagi sibuk dengan kuih raya ni ha. Mama dari haritu excited cakap ” kak, buatkan makmur. Mama nak. Mama suka biskut makmur”.

biskut makmur sukatan cawan

Fuh, bila mak sendiri yang request, memang lagi semangatlah nak siapkan kuih raya biskut makmur sebelum balik kampung nanti. Hehe.

Dya ambil resepi dari fb. Tapi ada yang diolah sikit sebab tang inti yang orang tu share tak sedap. 

Dya cuba ikut buat inti kacang campur susu pekat. Tapi, bila dah siap. Memang tak boleh masuk tekak inti camtu.

Jadi, kita tukar balik kepada resepi asli original biskut makmur macam gambar bawah ni. Lagi sedap. Haha.

inti biskut makmur susu

Dya campurkan sikit je minyak jagung dengan kacang tanah kisar. Tujuan supaya tak berderai masa kita nak gentel nanti.

biskut raya

Ni rupa inti yang dah gaul dengan minyak jagung. Dia melekat sikit. Dya suka letak inti kacang banyak sebab sedap gila!

Biskut Makmur Susu Sukat Guna Cawan Lebih Sedap Mencair Di Mulut

Resepi biskut makmur yang Dya buat ni sukat guna cawan dan ada guna susu tepung, dan tak guna minyak sapi sebab minyak sapi dah habis guna buat suji brunei haritu.

biskut makmur sedap

Malas nak beli minyak sapi memandangkan buttercup kat rumah ada banyak gila.

Yela, plan asal Dya beli Buttercup untuk buat biskut cornflakes nanti.

Jadi, daripada membazir pergi beli minyak sapi lagi, ada baiknya kita guna barang yang sedia ada kat rumah ni.

Ada orang cakap “kalau tak guna minyak sapi, tak jadilah makmurnya”.

Dalam sibuk menggentel biskut makmur tu dya tertanya2 “yeke? Nanti aku kena rasa dulu biskut makmur yang guna butter ni. Betulke tak rasa makmur?”.

Lepas dah siap bakar, waktu berbuka Dya rasa biskut makmur tadi. Pehh..

Hasilnya sedap okay! Memang terasa makmurnya walaupun guna butter.

Dya kongsikan resepi kat bawah ni. Korang boleh cuba dan komen kalau sedap ya.

Resepi Biskut Makmur Susu Gebu Sukatan Cawan

Resepi Biskut Makmur ni sukat guna cawan dan guna butter menggantikan minyak sapi. Memang menjadi dan terasa sedap gebu mencair dalam mulut.
Cook Time20 mins
Course: Snack
Keyword: biskut makmur, biskut makmur sukatan cawan, biskut makmur susu
Servings: 110 biji
Cost: RM40

Ingredients

Bahan Doh Biskut Makmur Gebu:

  • 4 Cawan Tepung Gandum | disangai hingga naik bau
  • 1/2 Cawan Gula castor
  • 1/4 Cawan susu tepung | tak kisah brand apa
  • 3 Sudu besar butter | Cairkan dulu & tunggu sejuk
  • Minyak jagung | Secukupnya

Bahan Inti Biskut Makmur:

  • 500 gm kacang tanah | sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar @ ditumbuk
  • Minyak jagung | secukupnya

Instructions

Cara Buat Biskut Makmur Gebu Cair Di Mulut:

  • Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.
  • Campurkan tepung gandum tu bersama gula castor, butter yang dah dicairkan (pastikan butter dah sejuk lepas dicairkan), susu tepung. Gaul rata.
  • Masukkan sikit2 minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tu boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
  • Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
  • Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh.
  • Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
  • Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit.
  • Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu.
  • Golekkan biskut makmur ke dalam gula halus @ gula kastor
  • Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.

Notes

Tips biskut makmur mencair di mulut:
  • masa masukkan minyak jagung tu, kalau nak lagi gebu lebihkan sikit minyak jagung. Tapi kena pastikan tepung tu boleh digentel bulat cantik.
  • Kalau nak rangup sikit, kurangkan sikit minyak jagung dan kena pastikan tepung boleh digentel (tak berderai masa bulatkan)

Untuk resepi ni dapat dalam kurang lebih 110 biji. Tapi, bahan-bahan masih ada baki banyak lagi.

Kalau korang ulang buat lagi guna resepi yang sama, total dapatlah dalam lebih 200 biji biskut makmur.

Dengan kos RM40+ dapat lebih  200 biji. 

Tips biskut makmur mencair di mulut:

  • masa masukkan minyak jagung tu, kalau nak lagi gebu lebihkan sikit minyak jagung. Tapi kena pastikan tepung tu boleh digentel bulat cantik & tepung tak melekat kat tangan.

**Kalau nak rangup sikit, kurangkan minyak jagung dan kena pastikan tepung boleh digentel (cukup sekadar doh tak berderai masa bulatkan)

biskut makmur gebu
Bila masukkan minyak jagung dalam doh, korang gentel akan jadi cantik camni. Haa dah cukupla minyak jagungnya tu. Confirm gebu biskut makmur korang nanti.

Senang sangat resepi ni. Mama pun dah tak sabar nak rasa bila Dya cakap dah siapkan sebalang penuh biskut makmur susu untuk mama. Hihi.

Lepasni nak buat biskut cornflakes pulak.

CARIAN BERKAITAN:

  • biskut makmur resepi
  • resepi biskut makmur sukatan cawan
  • biskut makmur sedap

Cuba Juga Resepi Biskut Cornflakes Rangup

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment