Resepi Sambal Kacang Ikan Bilis Sedap Dan Mudah

Setiap kali musim raya, sambal kacang feveret Dya semestinya sambal kacang mama. Cicah nasi impit dengan ayam masak merah memang padu gila rasa dia.

Resepi Sambal Kacang Ikan Bilis Sedap Ringkas

Tu menu wajib ada setiap tahun untuk family Dya yang kat Johor.

Bila beraya rumah orang, memang lain sangat rasa sambal kacang masing-masing.

sambal kacang sedap

Ada yang kacangnya terlalu halus macam kuah sate, ada yang kuah kacang masin, banyak lagi.

Tetap tak lawan resepi kuah kacang mama. Yelah, semua orang mestila akan rasa air tangan mak sendiri lagi sedap kan? Haha!

Tapi, jujur cakap. Resepi sambal kacang mama akan buatkan korang nak tambah makan banyak kali.

Sebelum ni Dya ada jugak cuba buat sambal kacang. Tiru resepi kat gugel lah. Tengok belek blog orang.

Buat punya buat, tak menjadi pun. Maksud Dya, rasa dia tak sama macam kuah kacang mama. T_T

Sampailah baru-baru ni ada buat mini open house, mama ajar Dya buat kuah kacang resepi turun temurun. Peh, memang Dya bertambah makan jawabnya.

sambal kacang ikan bilis

Nah Resepi Kuah Kacang Sedap Dan Simple:

Resepi Kuah Kacang Sedap Untuk Nasi Impit

Resepi turun temurun dari mama yang akan buat tetamu asyik bertambah makan. Sebab kuah kacang sangat sedap!
Cook Time1 hr
Course: Main Course
Keyword: kuah kacang, kuah kacang sedap, resepi kuah kacang, sambal kacang
Servings: 100 orang

Ingredients

Bahan Kisar Kuah Kacang Sedap:

  • 5 Biji Bawang besar | Belah 4
  • 1 Genggam Bawang Putih
  • 1 Genggam Bilis

Bahan-bahan Kuah Kacang:

  • 1 Kg Kacang Tanah | Goreng & kisar kasar
  • 2 Hiris Lengkuas | Ditumbuk
  • 5 Batang Serai | Ditumbuk
  • 7 Senduk Sup Cili Kisar

Instructions

Cara Masak Kuah Kacang Sedap Ringkas:

  • Kisar bawang besar, bawang putih dan bilis hingga halus. Campurkan dengan air masa kisar tu
  • Tumbuk serai dan lengkuas. Cukup sekadar pecah bahan tu
  • Goreng kacang tanah sehingga masak, toskan minyak. Kemudian kisar bersama air. Kisar kasar je
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Tumis kesemua bahan ke dalam kuali (bawang, serai,lengkuas, cili kisar) kecuali kacang tanah
  • Gaul rata, biarkan dalam beberapa minit kemudian masukkan kacang tanah yang dah siap dikisar
  • Gaul rata dan biarkan seketika
  • Pastikan sekali sekala gaul kuah kacang supaya tak hangit bahagian bawah
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Masak sehingga kuah kacang tu pecah minyak
  • Dah boleh angkat dan dimakan dengan nasi impit

Notes

Resepi kuah kacang ni paling simple dan mudah disediakan. Paling penting sedap gila!

Korang cuba masak dulu. Gerenti semua suka nanti. Kuah kacang ni sedap jugak dimakan dengan sate.

Lepasni cuba masak Resepi Ayam Masak Merah pulak.

 

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi kuah kacang nasi impit
  • kuah kacang sedap
  • cara membuat kuah kacang

 

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment