Sebenarnya saya dah jarang sekali makan sos cili ni. Sedap buat cicah makanan. Tapi hati rasa risau, was-was bila tau kandungan sos cili dalam botol tu.
Jadi, saya buat sendiri resepi sos cili homemade versi sihat.
Takda rasa bersalah bila makan begedil kentang cicah sos cili lepasni.
PrintResepi Sos Cili Homemade
- Total Time: 0 hours
- Diet: Gluten Free
Ingredients
- 10 tangkai cili merah (buang biji)
- 5 tangkai cili padi merah 3 biji bawang putih
- 3 biji bawang putih
- 1sk bancuhan tepung jagung (optional)
- 1 cawan Air yang dah ditapis
- 2sb Cuka epal (brand braggs)
- Secubit himsalt
- Mushroom Seasoning secukupnya
- Gula kelapa secukup rasa
Instructions
Cara Masak Sos Cili:
-
- Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan air sampai halus
- Masuk dalam periuk
- Kemudian masukkan juga cuka epal. Gaul rata
- Masak dalam 10 minit guna api sederhana
- Agak-agak dah pekat sedikit, boleh masukkan tepung jagung jika mahu. Gaul rata.
- Padam api kemudian perasakan dengan himsalt, gula kelapa dan mushroom seasoning secukupnya. Gaul rata
- Tapis sos cili yang dah masak tadi. Jika tekstur masih cair, boleh masak sekejap atas dapur sampai kuah pekat atau masukkan tepung jagung sikit je jika mau. Tak boleh banyak nanti sos cili jadi kental macam jelly (baki tapisan jangan dibuang, boleh simpan untuk buat tumis apa-apa nanti)
- Siap untuk dicicah dan makan
Notes
Tips:
- jangan guna tepung jagung banyak sangat. Nanti sos jadi macam jelly pula. Letak sikit dah cukup untuk pekatkan sikit. tak letak pun takpa. Dan masak sos sampai dapat pekat yang kalian suka. Gula kelapa mencantikkan warna sos cili. Gi pun rendah. Boleh makan tanpa rasa bersalah
- Prep Time: 15 Minit
- Cook Time: 10 Minit
- Category: Sambal
- Cuisine: Malaysia
Kenapa saya cakap versi sihat? Sebab saya guna gula kelapa dalam resepi ni.
Gula kelapa Gi sangat rendah berbanding gula putih atau gula ORCS (organic cane sugar)
Cuba Juga Resepi Susu Homemade
Video Resepi Sos Cili Versi Sihat Homemade:
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Resepi buat sos cili
- Buat sos cili
- Resep sos cili bawang putih