Resepi Buat Sos Cili Homemade Versi Sihat

Sebenarnya saya dah jarang sekali makan sos cili ni. Sedap buat cicah makanan. Tapi hati rasa risau, was-was bila tau kandungan sos cili dalam botol tu. Jadi, saya buat sendiri resepi sos cili homemade versi sihat. Takda rasa bersalah bila makan begedil kentang cicah sos cili lepasni.

Kenapa saya cakap versi sihat? Sebab saya guna gula kelapa dalam resepi ni.

Gula kelapa Gi sangat rendah berbanding gula putih atau gula ORCS (organic cane sugar)

Baca List bahan pilihan sihat kat telegram ASMRDhia

Video Cara Buat Sos Cili Versi Sihat Homemade:

@asmrdhia

📌SIMPAN resepi ni! Resepi Gluten Free SOS CILI Homemade pilihan sihat : Guna 8 bahan: 📌Cili merah 📌Cili padi merah 📌Cuka epal 📌Himsalt 📌 Mushroom Seasoning 📌Gula kelapa organik 📌Sedikit tepung jagung 📌Air filtered Full info korang terus ke bio saya (TELE ME) Kat sana saya explain tips² penting Boleh dah makan tanpa was², tanpa rasa bersalah lepasni. Hehe #seasoning #resepitiktok #chilisauce #glutenfreerecipes #soscili #masakdirumah

♬ suara asli – Lisef Alfio – Lisef Alfio

Bahan Sos Cili Homemade Gluten Free:

  • 10 tangkai cili merah (buang biji)
  • 5 tangkai cili padi merah 3 biji bawang putih
  • 3 biji bawang putih
  • 1sk bancuhan tepung jagung (optional)
  • 1 cawan Air yang dah ditapis
  • 2sb Cuka epal (brand braggs)
  • Secubit himsalt
  • Mushroom Seasoning secukupnya
  • Gula kelapa secukup rasa

Tips: jangan guna tepung jagung banyak sangat. Nanti sos jadi macam jelly pula. Letak sikit dah cukup untuk pekatkan sikit. tak letak pun takpa

Dan masak sos sampai dapat pekat yang kalian suka

Cara Masak Sos Cili:

  1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan air sampai halus
  2. Masuk dalam periuk
  3. Kemudian masukkan juga cuka epal. Gaul rata
  4. Masak dalam 10 minit guna api sederhana
  5. Agak-agak dah pekat sedikit, boleh masukkan tepung jagung jika mahu. Gaul rata.
  6. Padam api kemudian perasakan dengan himsalt, gula kelapa dan mushroom seasoning secukupnya. Gaul rata
  7. Tapis sos cili yang dah masak tadi. Jika tekstur masih cair, boleh masak sekejap atas dapur sampai kuah pekat atau masukkan tepung jagung sikit je jika mau. Tak boleh banyak nanti sos cili jadi kental macam jelly (baki tapisan jangan dibuang, boleh simpan untuk buat tumis apa-apa nanti)
  8. Siap untuk dicicah dan makan

Tips: Gula kelapa mencantikkan warna sos cili. Gi pun rendah. Boleh makan tanpa rasa bersalah. Hehe.

Baca List bahan pilihan sihat kat telegram ASMRDhia

CARIAN BERKAITAN:

  1. Resepi buat sos cili
  2. Buat sos cili
  3. Resep sos cili bawang putih

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment