Buat Sendiri Susu Pekat Manis Homemade Siap 2 Minit

Kalini, saya nak kongsi resepi susu pekat 2 minit, buat sendiri versi homemade pilihan sihat. Resepi ni menggunakan gula rendah gi, pilihan lebih sihat.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon

Resepi Susu Pekat Manis Homemade 2 Minit


  • Author: dhia
  • Total Time: 0 hours
  • Diet: Gluten Free

Ingredients

Units Scale
  • 1/4tsp Organic 100% Vanilla powder (optional )
  • 120g Susu kambing serbuk 100% ori tanpa campura
  • 160 ml Susu almond unsweetened panaskan
  • 120g Gula kelapa (kuantiti terpulang)
  • 90gm Pure Unsalted butter (boleh kurangkan separuh juga jika kurang suka bau butter)
  • Secubit garam himsalt jika mau (optional)


Instructions

Cara Masak:

    1. Masukkan kesemua bahan susu pekat kat atas.

    1. Pastikan susu segar tu dihangatkan suam-suam sebelum masuk dalam pengisar

    1. Kisar dalam lebih kurang seminit lebih

    1. Tekstur akan jadi pekat

    1. Bila simpan dalam peti ais lagi pekat

  • Prep Time: 10 Minit
  • Cook Time: 15 Minit
  • Category: Susu
  • Cuisine: Malaysia
resepi susu pekat manis sihat

Resepi yang saya share ni kalau korang makan macamtu saja, manisss rasa dia.

Bau butter agak kuat sebab saya memang hantu butter

Kalau nak kurangkan boleh saja. Kita buat dia. kan? Hehe.

Sesuai untuk disapu pada roti bakar gluten free atau waffle gluten free buat pemanis

Haritu saya ada juga kongsikan susu pekat berwarna putih menggunakan gula orcs.

Cuba Baca di resepi Susu Pekat

Tips Susu Pekat

✅Susu almond boleh ganti susu A2 farm fresh

✅Gula kelapa boleh ganti gula lulus keto ( warna susu akan jadi putih)
✅Vanilla tu tak letak pun takpa
✅serbuk Susu kambing boleh ganti susu tepung fernleaf full cream tapi tak digalakkan sebab ianya kategori susu A1 & ada campuran lesitin soya

Boleh makan cicah biskut/roti/waffle gluten free atau buat teh tarik versi sihat.

Kalau buat cicah, kuantiti dalam resepi ni dah cukup manis rasa dia.

Cumanya bila buat air, nanti tambah je gula kelapa lagi dalam air teh tarik tu ikut citarasa masing-masing, sebab bila larut dalam air, rasa manis kurang sedikit.

Susu pekat homemade ni kalau simpan dalam peti ais boleh tahan dalam 2 minggu.

Kalau nak tahan lebih lama, kalian boleh cuba proses retort susu ni

Sebab Pilihan lebih sihat

👉Tanpa pengawet
👉Tiada gula putih
👉Tanpa penstabil makanan
👉Tiada bahan pelik² lain

❌Dilarang guna majerin
❌Tidak digalakkan guna susu selain A2 (sebab susu A1 punca banyak masalah pada badan)
❌Tidak digalakkan guna gula ORCS sebab GI masih tinggi

Saya guna susu kambing salic goat, gula kelapa OcOc by dr rizal, susu almond so good.

Cuba Juga Resepi Roti Gluten Free

Video Resepi Susu Pekat Homemade 2 Minit

@asmrdhia

Replying to @aaienanshor.shop ✨Nah! resepi #susupekatmanis pilihan sihat Tak payah mesin mahal, 2 minit dah setel. Hehe ❌TANPA PENGAWET ❌TANPA GULA PUTIH ❌TANPA PEWARNA PILIHAN LEBIH SIHAT KAT RUMAH Susu Pekat Homemade Gula Kelapa Pilihan Sihat 🍼Serbuk susu kambing 100% ori tanpa campuran 🍼Susu segar Almond Unsweetened atau boleh guna susu A2 farm fresh 🍼Gula kelapa atau ganti gula lulus keto 🍼100% organic Vanilla powder (optional saja) 🍼Garam himsalt (optional jika nak tambah) Bahan pilihan sihat ada kat Tele Me bio #masakdirumah #condensedmilk #resepitiktok #tiktokfood #glutenfree #healthyfood

♬ original sound – AsmrDhia – AsmrDhia

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi susu pekat sihat
  • Bahan susu pekat manis
  • Cara simpan susu pekat
  • Bahan membuat susu

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star