Resepi Cek Mek Molek Keledek Oren Guna 3 Bahan

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Tiap kali rebus keledek oren, anak susah nak makan. Jadi, Dya terus buat kuih cek mek molek letak gula organik sikit kat dalam.

Cara nak buat pun kacang je.

Tak perlu terlampau banyak tepung sebab nanti manis keledek tu hilang dan kuih pun jadi keras nanti.

Dya lebih suka letak sikit je tepung.

Tujuan tepung tu hanya untuk bagi tekstur kuih tu terbentuk cantik. Tak herot berot sana sini. Hehe.

Sebab tu tak perlu letak banyak sangat tepung. Tak sedap nanti.

cek mek molek
Cek mek molek

Jom masak Cek Mek Molek Keledek Oren

Bahan-bahannya:

  • 3 biji keledek oren | direbus kemudian dilenyek
  • 2 sb tepung barli
  • Gula organik untuk inti

Cara Buat:

  1. Rebus keledek oren sampai empuk. Angkat, tos dan kemudian lenyekkan
  2. Masukkan 2 sudu besar tepung barli. Gaul rata. (Korang boleh guna tepung gandum)
  3. Ambil sejemput adunan tu, lenyekkan dan letak gula di bahagian tengah. Tutup semula (boleh rujuk gambar bawah)
  4. Untuk elak keledek tu melekat-lekat, tangan tu sapu tepung sikit. Tujuan supaya senang digentel.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Guna api kecil
  6. Kemudian, goreng hingga masak keperangan.
  7. Angkat dan tunggu sejuk sebelum dimakan.
cara buat kuih
Lenyekkan dan letak gula di dalam
cara buat kuih cek mek molek
tutup dan padatkan kuih. Make sure tangan ada tepung. Supaya kuih tak melekat-lekat sangat kat tangan

Dalam resepi ni, Dya guna tepung barli sebab tepung ni jenis non gluten.

Untuk mereka yang ada masalah ekzema, tepung gandum pantang larang terbesar mereka.

Jadi, pengganti tepung gandum adalah seperti tepung barli, tepung kelapa, tepung almond, dll.

Sebenarnya tepung putih kurang bagus untuk kesihatan kita.

Gula putih pun tak bagus. Dya ganti guna gula perang jenis organic cane sugar.

Disebabkan anak ada ekzema, Dya memang tak bagi makanan berasaskan tepung putih atau gula putih.

Cuma harga agak mahal.

Korang boleh je guna tepung gandum untuk resepi ni.

Anak suka makan bila Dya tukar keledek tu jadi kuih. Bertambah-tambah budak kecik ni makan. Hehe.

Sekali sekala tukar angin masakan.

Lepasni jom masak Kerabu Sotong Ala Thai pulak

CARIAN BERKAITAN

  • resepi cek mek molek
  • cek mek molek keledek oren
  • resepi ubi keledek

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment