Sebelum ni saya ada buat cucur nasi ikan bilis menggunakan tepung pulut, tepung beras , tepung ubi..
Setiap jenis tepung menghasilkan tekstur berbeza selepas digoreng
Kalini saya buat experimen guna tepung gluten free lain iaitu tepung kentang
Tergerak hati nak guna tepung kentang haritu
Terkejut sebab hasilnya lembut sangat!
PrintResepi Cucur Ikan Bilis Lembut
- Total Time: 25 minutes
- Diet: Gluten Free
Ingredients
Bahan² cucur nasi ikan bilis:
- 3/4 pengisar/blender Nasi
- 1 genggam kecil Bilis
- 1 biji Bawang (dihiris)
- secukupnya Mushroom seasoning (1/2 sb)
- 3–4 sb Tepung kentang (Tipsnya:
Test dulu goreng 1, adunan cucur tu berderai atau melekat cantik..
kalau cantik, cukup dah tepung kentang tu..
Kalau melekat² susah nak balik²kan masa goreng, maka kena tambah lagi tepung kentang)
Instructions
Cara buat cucur nasi lembut:
- Dalam resepi ni saya isi 3/4 nasi dalam blender pengisar, segenggam bilis, saya mushroom seasoning dan air secukupnya (air cukup sekadar mesin boleh kisar cantik adunan tepung. tak perlu terlalu banyak air)
- Dah siap kisar, campur hirisan bawang, campur 4 sb tepung kentang. Gaul rata. Terpulang kalau korang nak letak udang atau daun bawang. Extra sedap nanti jemput²nya
- Goreng deep fry guna minyak masak. Balik²kan bila dah masak kekuningan rangup.
- Siap!
- Prep Time: 10 minutes
- Cook Time: 15 minutes
- Category: Kuih Muih
- Cuisine: Malaysia
Tepung Kentang Buat Makanan Jadi Lembut
Tepung kentang Tak sama macam tepung gf lain
Tekstur kat dalam sangat² lembut sampaikan suami ngap habis sepinggan 😅
Hasil dia kat dalam sangat² lembut bila digigit. Tekstur pun melekat cantik. Cubalah nanti 🙂
Nota: Tepung kentang, nasi = high carbs. Nak kurus tak boleh makan berlebihan. Makanlah Berpada².
Less carbs, more protein & fat
Baca Juga Resepi Churros Homemade
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Cucur nasi ikan bilis
- Jemput-jemput nasi lembut
- Cekodok nasi simple
- cucur nasi untuk anak