Resepi Ayam Masak Halia Sedap Hingga Menjilat Jari

Bosan asyik masak menu yang sama je. Harini terfikir nak cuba masak ayam masak halia pulak. Sedap boleh tahan rasa dia.

Iklan
resepi ayam masak halia
ayam masak halia

Biasanya Dya suka guna ayam masak paprik, goreng kunyit, goreng berempah, masak sambal.

Kalini kita buat yang simple tapi lain sikit rasa dia.

Bahan utama wajib ada halia. Halia bau wangi dan sangat bagus jugak untuk badan kita sebenarnya. Ada khasiat tersendiri.

Resepi ni untuk makan 2 orang.

Jom kita start.

Resepi Ayam Goreng Masak Halia

Bahan goreng ayam:

  • 3-4 ketul ayam | potong kecik
  • 1/2 sb serbuk kunyit
  • Secubit garam

Gaulkan semua bahan di atas, panaskan kuali dan goreng ayam sehingga masak.

Bahan Masak Halia:

  • 3 biji bawang putih | ditumbuk
  • 1 inci halia| ditumbuk
  • 2 inci halia | dihiris
  • 1 batang cili merah | dihiris serong
  • sedikit daun bawang | potong panjang
  • sedikit lada sulah
  • 1 sb sos tiram
  • sedikit tepung jagung | untuk pekatkan kuah

Cara Masak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
  2. Tumis halia yang dihiris sehingga warna keemasan.
  3. Kemudian, masukkan bawang merah yang dihiris bulat, bawang putih dan halia yang ditumbuk. Gaul rata. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan ayam yang dah digoreng awal tadi. Gaul rata
  5. Kemudian masukkan sedikit air untuk jadikan kuah. Gaul rata.
  6. Masukkan sos tiram, lada sulah dan garam secukup rasa.
  7. Kalau nak kuah pekat, tambah sedikit tepung jagung yang dicairkan. Anggaran dalam 1 sudu kecik je.
  8. Last sekali, masukkan daun bawang dan cili merah. Gaul rata. Jangan masak lama. Cukup sekadar gaul dan terus angkat.
  9. Siap!

Tips:

Kalau nak kuah pekat, tambah sedikit tepung jagung yang dah dicairkan dengan air

Kalau kuah kurang, tambah kan air, sekatakan dengan sos tiram, garam perasa secukupnya.

Selamat mencuba.

Jom Masak Sagu Gula Melaka Viral Tak Bergumpal dan Sedap

CARIAN BERKAITAN:

  • Ayam masak halia sedap
  • Resepi ayam goreng masak halia
  • Aneka resepi ayam

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment