Idea Baru Resepi Petola Goreng Tepung Berempah

Dya rasa kesedapan petola goreng tepung berempah masa adik masakkan lauk ni kat rumah.

Tak sangka pulak petola ular boleh digoreng hasilnya rangup.

Sebab, dalam bayangan Dya, petola ni bila kita masak akan jadi lembik. Hehe.

Rupanya bila buat goreng tepung, jadi sedap gila!

petola goreng berempah
sayur petola berempah

Cuma untuk resepi ni, bukan guna petola biasa yang kulit mengerutu tu.

Kena guna petola ular. Kulit dia jenis licin. Nak potong pun senang sebab dia tak lembik macam petola biasa.

Jom masak.

Resepi Goreng Petola Berempah Sedap

Bahan-bahan rempah petola:

  • 1 batang petola ular | potong bulat sederhana tebal
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • 1 sk serbuk kunyit
  • Garam atau perasa secukupnya
  • Ketumbar, jintan manis | ditumbuk halus
  • Sedikit air | untuk buat lekat tepung je

Cara Masak:

  1. Campurkan tepung gandum dan tepung beras nisbah 2:1. Maksudnya contoh kalau letak gandum 2 sudu, tepung beras letak satu sudu. Kuantiti bergantung pada berapa banyak petola yang nak goreng. Yang penting nisbah 2:1
  2. Campurkan serbuk kunyit, Ketumbar, jintan manis, garam atau perasa secukupnya
  3. Letak sedikit air. Tujuan untuk bagi lekat je. Tak perlu banyak sangat air. Nanti, adunan cair sangat, tepung tak melekat pada petola.
  4. Kuantiti air cukup sekadar tepung jadi melekat
  5. Kemudian, masukkan petola satu persatu. Gaul dalam adunan tepung
  6. Panaskan minyak dalam kuali, guna api sederhana
  7. Kemudian, goreng petola sehingga masak kuning keemasan seperti dalam gambar.
  8. Boleh angkat, tos dan hidang.

Petola ular senang dimasak sebab isi dia kat tengah takda.

Beza berbanding petola kulit mengerutu yang jenis ada isi biji kat tengah. Yang tu buat petola jadi lembik.

Nanti nak berbuka cubalah masak menu ni. memang sedap!

Tak perlu guna telur pun dah cantik kejadiannya. Hehe

Lepasni boleh cuba masak Cek Mek Molek 3 Bahan

Print Resepi di bawah:

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
petola berempah

Resepi Goreng Petola Berempah Sedap


  • Total Time: 25 minutes
  • Yield: 0 orang 1x

Description

Rupanya sayur petola boleh buat goreng berempah. Tapi kena guna petola ular baru sedap.


Ingredients

Scale

Bahan-bahan rempah petola

  • 1 batang petola ular (| potong bulat sederhana tebal)
  • sedikit air (| untuk lekatkan tepung sahaja)
  • tepung gandum
  • tepung beras
  • 1 sk serbuk kunyit
  • garam atau perasa secukupnya
  • Ketumbar, jintan manis (| ditumbuk halus)

Instructions

Cara Masak:

  1. Campurkan tepung gandum dan tepung beras nisbah 2:1. Maksudnya contoh kalau letak gandum 2 sudu, tepung beras letak satu sudu.
  2. Kuantiti bergantung pada berapa banyak petola yang nak goreng. Yang penting nisbah 2:1
  3. Campurkan serbuk kunyit, ketumbar, jintan manis, garam atau perasa secukupnya
  4. Letak sedikit air. Tujuan untuk bagi lekat je. Tak perlu banyak sangat air. Nanti, adunan cair sangat, tepung tak melekat pada petola. Kuantiti air cukup sekadar tepung jadi melekat
  5. Kemudian, masukkan petola satu persatu. Gaul dalam adunan tepung
  6. Panaskan minyak dalam kuali, guna api sederhana
  7. Kemudian, goreng petola sehingga masak kuning keemasan seperti dalam gambar.
  8. Boleh angkat, tos dan hidang.
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 10 minutes
  • Category: Side Dish
  • Cuisine: Mediterranean

Keywords: petola berempah, sayur goreng tepung, sayur petola sedap

CARIAN BERKAITAN:

  • Sayur goreng berempah
  • petola goreng sedap
  • resepi sayur petola

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star