Yang Mana Satu Tepung Gluten Free

Ramai yang mungkin belum faham apa makna tepung gluten free.

Boleh buat carian di google apa itu gluten.

jenis tepung gluten free

Nak kenal tepung bebas dari unsur gluten ni senang sangat.

4 Jenis Tepung Mengandungi Gluten

Hanya ada beberapa jenis tepung ada gluten iaitu gandum, atta, rye, semolina. Kesemua ni mengandungi gluten dan perlu dielakkan.

Selain dari senarai atas tu adalah tepung bebas gluten.

Tapi untuk makluman juga, barli turut mengandungi gluten. Ianya memberi manfaat kepada mereka yang tiada masalah kesihatan

Tapi, untuk yang ada masalah kesihatan, barli mungkin perlu dielakkan. Apa pun, anda perlu rujuk dahulu pola pemakanan anda dengan doktor yang betul dan tepat.

Saya ada senaraikan jenis tepung gluten free dalam channel khas dI link bawah (list bahan masak sihat)

Boleh terus ke sana untuk dapatkan lebih lagi info tentang bahan pilihan sihat untuk masakan kita di rumah.

Boleh tahu kopi, butter, gula dan bahan asas lain yang perlu kita tukar di rumah.

tepung gluten free malaysia

Antara tepung gluten free/bebas gluten yang boleh dibeli di pasaran

  1. Tepung kentang/potato starch
  2. Tepung ubikayu/ tapioca starch
  3. Tepung beras/rice flour
  4. Tepung pulut/glutinous rice flour
  5. Tepung jagung/corn starch/maize @ corn flour/maizena
  6. Tepung teff
  7. Tepung sorghum
  8. Tepung almond/badam (diabetes/keto friendly)
  9. Tepung oat
  10. Tepung kelapa (diabetes/keto friendly)
  11. Tepung cassava/mokaf
  12. Tepung arrowroot
  13. Tepung quinoa
  14. Tepung chickpea/garbanzo
  15. Tepung Sago
  16. Tepung Lupin
  17. Tepung Flaxseed
  18. Tepung Fava Bean/Kacang parang
  19. Bob’s Red Mills All Purpose GF Flour
  20. Tepung kacang hijau/Green Bean/mung bean

Banyak sebenarnya tepung gluten free ni. Tapi budaya pemakanan di Malaysia dah terbiasa guna tepung gandum dalam kebanyakan masakan mereka.

Sedangkan gandum mengandungi gluten yang tak bagus untuk kesihatan usus kita.

Jadi, samada kita allergy gandum ataupun tidak. Tetap kena stop gandum dan gantikan dengan tepung bebas gluten.

Saya ada buat banyak resepi bebas gluten dalam channel 365 Resepi Gluten Free bawah ni

Korang boleh cuba dah mulakan masakan harian tanpa menggunakan gandum. Gluten akan mengakibatkan radang dalam badan.

Jika takda allergy pada gluten sekali pun, lama kelamaan akan mengakibatkan masalah pada usus juga.

Boleh buat bacaan lanjut tentang bahaya gluten di sosial media dr norman norawi, dr hafiz sulaiman dan ramai lagi.

Ayuh sama-sama tukar bahan masak. Dan untuk penjual makanan seperti roti/biskut/pizza, saya berharap agar kalian menjadikan ini sebagai peluang perniagaan juga.

Ramaikan penjual makanan gluten free sebab ini yang rakyat perlukan untuk ubah lifestyle pemakanan mereka bila makan di luar, termasuk lah saya.

Saya ada buat experimen biskut makmur gluten free tahun ni.

Alhamdulillah menjadi dan gebu bila dimakan. Boleh cuba ke Resepi Biskut Makmur Gluten Free

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN

  • Jenis tepung tanpa gluten
  • Biskut tanpa gluten
  • Tepung jagung gluten free
  • tepung bebas gluten malaysia

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment