Kak Mai suka masak cendawan masak sos tiram. Resepi campak-campak terus jadi.
Sedap sebenarnya masakan berasaskan sos tiram ni.
Kadang kita tak perlu dah tambah apa-apa perasa. Cukup tambah garam sikit dah sedap.
Jom masak
Cendawan Masak Sos Tiram Sedap
Bahan-bahannya:
- 1 peket cendawan tiram
- bawang putih | diketuk
- bawang besar | dihiris
- 2 sb sos tiram
- sedikit lada putih
- garam secukupnya
- 2 sb bancuhan air tepung jagung
- 5-6 ketul udang
- sedikit kacang buncis | potong panjang
Cara Masak:
- Panaskan 2 sb minyak di dalam kuali
- Tumis bwang putih dan bawang besar hingga naik bau.
- Masukkan sedikit air sebagai kuah
- Masukkan udang. Masak hingga udang bertukar warna.
- Kemudian masukkan sos tiram, garam dan lada putih secukupnya. Gaul rata.
- Masukkan cendawan tiram dan kacang buncis. Gaul rata.
- Jika kuah rasa kurang, boleh tambah air dan sekatakan rasa dengan sos tiram, garam.
- Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung. Gaul rata.
- Masak hingga kuah pekat
- dah boleh angkat untuk dihidang.
Senang je masak resepi ni. Campak-campak je dah siap.
Kak Mai kalau nak kejar masa, masak campak-campak terus jadi.
Boleh cuba untuk menu berbuka nanti.
Selamat berbuka.
Lepasni jom cuba masak Botok Pucuk Ubi
CARIAN BERKAITAN:
- Resepi cendawan
- cendawan tiram masak sos tiram
- aneka resepi cendawan
Komen Jika Resepi Ini Sedap
Latest posts by Kak Mai (see all)
- Resepi Kailan Goreng Ikan Masin Simple Dan Sedap - May 2, 2020
- Resepi Simple Cendawan Tiram Masak Sos Tiram - May 1, 2020
- Resepi Sayur Bendi Goreng Belacan Paling Simple - April 28, 2020