Resepi Padu Nasi Goreng Kampung Letak Belacan

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Ada macam-macam jenis nasi goreng. Tapi paling meriah isi bagi Dya adalah nasi goreng kampung.

Mana tak meriah, kalau korang tengok isi dia.

Ada ayam, sayur kangkung, bilis goreng, cili padi.

Lepastu tambah pulak bau belacan. Peh, memang padu gila.

Tapi, ni selera Dya lah. Dya suka letak belacan sekali.

Ada orang tak suka belacan. Jadi, tak letak pun boleh je. Hehe.

nasi goreng kampung sedap
nasi goreng kampung meriah nama dia

So, jom kita masak.

Nasi Goreng Kampung Letak Belacan Pun Sedap

Bahan-bahannya:

  • 2 ulas bawang putih **
  • 1 biji bawang merah **
  • sedikit belacan | dibakar **
  • 10 tangkai cili api **
  • Ikan bilis | digoreng
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 batang kacang panjang | potong kecik
  • sedikit daun sup daun bawang | potong kecik
  • hirisan ayam
  • Hirisan timun dan popadam untuk tambahan

Cara Masak Nasi Goreng:

  1. Tumbuk lumat bahan bertanda **
  2. Panaskan 1 @ 2 sudu minyak dalam kuali
  3. Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau. Gaul rata.
  4. Masukkan ayam. Masak hingga ayam dah matang masak
  5. Kemudian masukkan kacang panjang, gaul seketika
  6. Masukkan nasi putih, garam, gula secukup rasa dan gaul rata.
  7. Last sekali, campurkan ikan bilis yang dah digoreng awal tadi. Gaul rata
  8. Dah masak boleh angkat
  9. Hias dengan timun, daun bawang daun sup serta popadam goreng.

Senang je masak nasi goreng ni.

Nak lagi best, cili lebih sikit. Sebab Dya hantu pedas. Hehe.

Sedap bila makan nasi goreng pedas.

Tapi, kalau jenis perut tak tahan panas cili. Jangan letak terlampau banyak cili pulak.

Lepasni jom masak Sayur Pak Choy Saus Tiram.

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi nasi goreng kampung
  • cara masak nasi goreng
  • nasi goreng sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment