Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Sebijik Rasa Macam Kat Kedai

Menu harini kita masak ayam paprik ala Thai. Fuhh, memang terasa bau wangi daun limau, rasa masam, manis, pedas yang cukup rasa.

Masak Ayam Paprik Ala Thai Resepi Sebijik Macam Kat Kedai

Lagi sedap dan pekat berbanding beli kat kedai. Hehe.

Macam biasa lah, Dya akan guna bahan yang ada kat rumah ni.

Dah alang-alang serai banyak, daun limau ada baki lagi sikit. Hah, tu yang terfikir nak masak paprik je. Senang.

Kalian patut cuba resepi ni sebab memang sedap rasa dia.

Bahan-bahan ayam goreng

  • 3 ketul dada ayam saiz sederhana | potong dadu
  • 1sk serbuk kunyit
  • Secubit garam

    Gaul kesemuanya. Kemudian, panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat, tos dan ketepikan.

Bahan Kuah Paprik Ayam:

  • 3 biji bwg putih | diketuk
  • 1/2 inci halia | diketuk
  • 2 batang serai | diketuk
  • 5 tangkai cili padi | diketuk . Tak letak pun takpa
  • 1 biji bawang besar | potong 8
  • 1 biji bawang besar | ditmbuk
  • 2 sb cili kisar
  • 2sb kicap manis
  • 1 cubit garam
  • 1 sb gula
  • 1sb sos tiram
  • 1sb sos cili
  • 1/2 sb pes tomyam thai
  • 3 batang kacang panjang | potong panjang
  • 1 batang carrot saiz kecil | potong serong

Cara Masak Kuah Paprik Ala Thai:

  1. Guna minyak ayam goreng tadi.
  2. Ambik dlm 1 senduk kecil minyak
  3. Tumis bawang besar, bawang putih, halia yang dah tumbuk tadi, tumis sekali 2 sb cili kisar
  4. Gaul rata. Masak sampai naik bau, guna api sederhana

5. Kemudian masukkan serai. Gaul rata

6. Masukkan 1 cawan air , pes tomyam thai, sos tiram, sos cili, 1sb gula, 1sk garam

7. Gaul rata.

8. Masukkan ayam goreng. Gaul rata

9. Tunggu kuah kering sedikit baru masukkan bawang, carrot, kacang panjang, cili

ayam masak paprik ala thai

10. Kalau kuah tak banyak,tambah lagi air dlm 1/2 atau 1 cawan. adjust rasa garam gula, sos kalau perlu

Kalo dh cukup rasa, tak payah adjust

11. Last sekali, masukkan 2sb kicap manis dan carikkan daun limau bagi naik lagi bau wangi. Gaul rata.

12. Boleh angkat dan hidang

Lepasni boleh cuba Resepi Ayam Sambal Berlada Power

Print resepi di bawah:

CARIAN BERKAITAN:

  • Cari resepi ayam paprik
  • gambar masak paprik ayam
  • paprik ala thai

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment