Saya lebih suka buat sendiri resepi inti tart nenas homemade sebab ianya pilihan lebih sihat.
Banyak inti tart nenas readymade dijual kat luar. Tapi, manisnya terlalu berlebihan dan yang memburukkan situasi lagi bila mana bahan yang digunakan ada gula putih.
Jadi, baik kita buat sendiri sahaja kat rumah guna 5 bahan.
PrintResepi Inti Tart Nenas Guna 5 Bahan
- Total Time: 0 hours
- Diet: Gluten Free
Ingredients
Bahan-bahan buat Inti Tart Nenas:
- 1 biji nenas madu | disagat
- 3–4 tangkai cengkih
- 1 batang kecil kayu manis
- 1 helai daun pandan
- Gula kelapa secukup rasa
Instructions
Cara Masak Inti:
- Sagat nenas madu. Saya guna food processor sebab lebih cepat siap dalam seminit dah selesai sagat. Dan tak perlu nak kisar dua kali untuk dapatkan tekstur cantik. Sekali sagat saja dah cukup cantik tekstur inti tart tu nanti
- Masukkan nenas yang dah disagat dalam kuali. Masukkan sekali pandan, cengkih dan kayu manis. Saya guna periuk jenis non stick. Mudah sebab tak perlu nak gaul kerap berbanding kuali biasa. Kuali biasa nanti intinya hangus kalau kita tak tengok dan kawal.
- Bila inti dah kering sikit, masukkan gula kelapa. Kuantiti ikut manis yang kita suka. Bagusnya gula kelapa ni, GI rendah berbanding gula putih mahupun orcs. Cumanya nanti inti akan jadi warna gelap sedikitlah
- Saya masak sampai air pada inti tart kering dan berkilat.
- Tunggu sejuk sekejap, baru lah bentukkan inti tart dan simpan dalam peti ais untuk tahan lama
- Tapi, lepas je inti sejuk, saya terus buat Tart nenas gluten free. Hehe. Takda simpan-simpan. Terus buat dan makan panas-panas.
- Prep Time: 20 Minit
- Cook Time: 15 Minit
- Category: Biskut Raya
- Cuisine: Malaysia
Nutrition
- Serving Size: 58 Ketul
Inti Tart Versi Homemade
Bila buat sendiri, kita dapat kawal tahap kemanisan inti tart tu. Dan juga kawal bahan apa yang kita guna.
Tiada pewarna tambahan, tiada pengawet, tiada gula putih yang memudaratkan
Resepi ni dapat inti dalam 58 biji tart nenas bersaiz sederhana
Boleh tengok kat sini Resepi Tart Nenas Gluten Free yang terbaru.
Ada bahan yang saya dah ubahsuai ikut citarasa manis yang saya gemar.
VIDEO penuh cara masak inti tart nenas gluten free
Baca Juga: Resepi Ayam Merah Untuk Kenduri
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Tart nenas gebu
- Resepi jem nenas
- Bahan membuat jem nenas