Selepas beberapa kali percubaan, ikin tahu dah macam mana nak dapatkan ayam masak merah yang kurang pedas, sedap, dan confirm sampai jilat pinggan. Hehe.
Print
Resepi Ayam Masak Merah Sambal
Ingredients
- 1/2 ekor ayam, potong 8
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1 genggam cili kering, kisar
- 5 tangkai cili besar, kisar
- 2 biji bawang merah, kisar
- 2 ulas bawang putih, kisar
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tomato
- 1 sudu sos tiram
- 2 batang serai, dititik
- 1 biji bawang holland, hiris
- Daun sup, hiris
- Garam secukupnya
- Gula merah asli secukupnya
- Air
Instructions
- Gaulkan ayam yang telah dipotong dan dicuci bersih dengan air bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
- Panaskan minyak. Goreng ayam yang telah digaul dengan kunyit itu tadi.
- Setelah ayam sudah masak, angkat dan toskan.
- Menggunakan kuali yang sama, gunakan minyak masak ayam goreng tadi untuk menumis bahan-bahan yang telah dikisar.
- Tumis sekali dengan serai yang telah dititik.
- Setelah sambal pecah minyak, masukkan semua sos. Gaul dengan sebati.
- Tambah sedikit air untuk mencairkan sambal.
- Masukkan asam keping, garam dan gula merah secukupnya.
- Apabila sudah berpuas hati dengan rasa sambal tersebut, masukkan bawang holland yang telah dihiris
- Seterusnya, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
- Gaulkan sambal merah dan ayam hingga mesra.
- Siap untuk dihidangkan. Taburkan daun sup sebagai hiasan.

Ayam Masak Merah Menu Kenduri
Biasanya masakan ayam masak merah sambal lebih sinonim dengan majlis-majlis perkahwinan, kenduri doa selamat dan macam-macam majlis lagi.
Kalau ikin pergi mana-mana kenduri, ni salah satu makanan yang ikin akan tercari-cari.
Biasanya orang akan bercakap pasal makanan ni bila ayam tak masak dengan sekata, sambal merah yang terlalu sedikit, tak pun sambal merah yang terlalu pedas.
Ikin pun dah beberapa kali buat masakan ni. Biasanya yang ikin masak, sambal merah tu tak cukup banyak. Sekadar menutup ayam je… ishhh…
nota: Untuk masakan pilihan sihat, gunakan bahan masak homemade contohnya sos tomato, sos cili dan sos tiram. Bahan homemade lebih selamat dan terkawal penggunaan gula dan bahan-bahan lain.
Boleh tengok kat sini, Cara Buat Sos Cili Homemade
Boleh cuba juga resepi lain seperti ayam masak sambal cili hijau
Tips
Jika mahu kuantiti sambal yang lebih banyak, lebihkan bahan-bahan kisar.
Jika sukakan sambal yang lebih pedas, lebihkan cili kering kisar. Pilih cili kering jenis kerinting jika suka rasa pedas extra.
Boleh juga tambah beberapa cili api beberapa tangkai sekiranya cili kering yang digunakan kurang pedas. Sesuaikan ikut citarasa.
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Resepi ayam masak merah sedap
- Mudahnya masak ayam masak merah
- Cara masak ayam merah
Inti Artikel:
Komen Jika Resepi Ini Sedap
- Resepi Laksam Gluten Free, Ringkas dan Sedap! - June 28, 2023
- Resepi Churros Gluten Free, Simple Dan Rangup! - June 27, 2023
- Nugget Ayam Keto, Simple dan Sedap! - June 18, 2023