Resepi Nasi Goreng Kampung Belacan Pedas Dan Sedap Giler

Laki Dya sejak dah pandai masak nasi goreng ni, kalau boleh hari-hari dia nak masak nasi goreng katanya. Haha.

Harini rasa teringin pulak nak masak nasi goreng kampung belacan. Dah lama gila rasa tak makan masakan yang ada belacan.

Bertahun jugaklah. Resepi yang ni Dya masak sendiri sebab shuben kerja. Kalau dia ada kat rumah sekarang, confirm dia tak bagi masak nasi goreng.

Sebab katanya nasi goreng dia lagi sedap. Haha.

Resepi Nasi Goreng Kampung Belacan Pedas Dan Sedap Giler

Resepi Nasi Goreng Kampung Belacan Pedas Dan Sedap Giler

Nasi goreng kampung belacan bini yang masak

 

Bahan masak nasi goreng kampung:

1 biji bawang saiz besar (ditumbuk lumat)

2 biji bawang putih (ditumbuk lumat)

5 tangkai cili padi (ditumbuk lumat)

4 -5 ketul udang (kopek kulitnya)

Sedikit belacan (dibakar kemudian ditumbuk lumat)

daun sup & daun bawang

timun

Ikan bilis

Garam secukup rasa (Nak tambah letak pak aji pun boleh jugak)

Masak nasi 1 cawan saja. Cukup untuk sorang makan. Hehe

 

Cara nak masak pun senang je. Kat resepi ni Dya tak letak sayur kangkung. Biasanya kalau masak nasi goreng kampung wajib ada kangkung kan?

Guna je daun bawang tu pun boleh. Potong panjang sikit. Hehe.

Cara masak nasi goreng sedap giler:

  1. Masukkan minyak ke dalam kuali. Goreng ikan bilis (kuantiti ikut suka. Dya letak sikit je)
  2. Kemudian masukkan udang hingga jadi warna oren. Asingkan bilis dan udang tadi ke tepi kuali
  3. Tumis pula kesemua bahan-bahan yang dah ditumbuk lumat hingga warna keperangan dan naik bau
  4. Masukkan nasi putih ke dalam tumisan. Gaul rata semua bahan termasuk udang dan bilis
  5. Masukkan juga secubit garam. Kalau nak tambah pak aji pun boleh. tapi sikit je.
  6. Kemudian masukkan daun bawang yang dipotong panjang. Gaul rata kesemuanya.
  7. Dah siap masak, hidang bersama timun dan tabur daun sup/daun bawang pada hidangan

Tips:

Jangan masukkan minyak terlalu banyak. Cukup dalam 3 sudu saja camtu. Sebab kalau banyak sangat nanti nasi goreng korang akan jadi terlalu berminyak.

Baca Juga Resepi Daging Minang Asli

CARIAN BERKAITAN:

  • cara memasak nasi goreng kampung sedap dan mudah
  • resepi nasi goreng kampung sedap giler
  • nasi goreng kampung belacan azie kitchen
  • resepi nasi goreng kampung malaysia
  • nasi goreng kampung sedap mat gebu



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment