Resepi Cara Mudah Daging Masak Lemak Cili Api

Dekat Negeri Sembilan ni, terkenal dengan menu lauk daging masak lemak cili api.

Pernah ada surirumah yang bercerita, suami beliau (orang Negeri Sembilan) tak boleh kalau takda lauk masak lemak setiap hari.

Tapi cara masak lemak orang negeri sembilan tak sama macam saya. Kalau tak silap, mereka tak tumis masakan tu.

Kat sini saya kongsikan cara yang mudah stail saya okay?

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
daging masak lemak cili api

Resepi Cara Mudah Daging Masak Lemak Cili Api


  • Author: dhia

Ingredients

Scale

BAHAN PENUMIS

BAHAN LAIN:

  • 200ml santan kotak
  • 2 Biji kentang (potong 6)
  • 1 Biji tomato (potong ikut suka)
  • 1 Cawan air secukupnya
  • 1 Mangkuk daging salai (cara buat ada di bawah)
  • 1015 Biji cili padi
  • 2 Batang serai (ketuk)
  • 2 Helai daun kunyit
  • 2 Sb gula kelapa asli atau stevia secukup rasa
  • Secubit garam HIMSALT

Instructions

  1. tumis bahan penumis
  2. Selesai tumis, biarkan bahan tumis seketika sehingga naik bau wangi. Gaul rata
  3. Dah naik bau wangi tu, korang masukkan kentang & air.
  4. Biarkan kentang separuh empuk barulah masukkan tomato, batang serai, daun kunyit, garam, gula, cili padi. Biarkan seketika & gaul rata.
  5. Agak dah mendidih tu masukkan santan daging yang dah disalai awal-awal lagi.
  6. Cara nak salai daging: Gaulkan daging lembu bersama serbuk kunyit MAK SITI & secubit garam. Grill atas kuali khas sampailah daging masak (saya pakai grill pan dari IKEA jer).
  7. Bau asap memang ada kalau buat daging salai guna teknik camni.
  8. Biarkan seketika sehingga semua masak dengan rata. Jangan lupa gaul & yaa boleh tutup api gas &  hidang dengan nasi putih panas. Sedap aih!

Kalau dah habis baca resepi ni, jangan lupa jengah baca resepi Cara Buat Pearl Macam Cool Blog

Cerita Daging Masak Lemak Cili Api

Sambung cerita..

Masa tu, saya ingatkan mungkin suami beliau peminat tegar masak lemak. Tapi selepas singgah ke beberapa kedai makan sekitar Negeri Sembilan, memang menu masak lemak wajib ada.

Saya kurang arif tentang info ni. Memandang saya orang Johor, kami hanya minat makanan pedas seperti sambal. Terutamanya sambal totok. Uisy sedapnya.

Tapi berlainan pula dengan orang Nogori ni. Mereka lebih gemar dan berhantu dengan masakan masak lemak. Betul ka?

Daging Masak Lemak Cili Api
Resepi daging salai masak lemak ni sedap dan wangi

Malah di Seremban sendiri ada kedai makan yang hanya jual menu masak lemak sahaja. Cuma agak mahal lah. Dua orang makan lebih RM20 untuk menu yang ringkas.

Saya akui ramai yang suka masak lemak ni, tak kiralah orang nogori atau tidak. Saya sendiri minat masak lemak. Pastu ratah dengan nasi putih panas.

Mmm. Sedapnya bila terbayang makanan waktu puasa ni. Haha. Masih teringat-ingat setiap kali makan lauk masak lemak, mesti akan jilat jari. Nyums!

Sebenarnya tak susah nak masak lauk masak lemak sedap untuk santapan keluarga. Korang boleh cuba resepi sedapfood sebab dijamin semua akan jilat jari nanti. Hehe.

Untuk resepi harini, kita buat resepi daging salai masak lemak cili api.

 Antara bahan-bahan penumis untuk daging masak lemak cili api:

Daging Masak Lemak Cili Api
Bahan Penumis Daging Masak Lemak Cili Api

Bahan tambahan lain:

Resepi Cara Mudah Daging Masak Lemak Cili Padi
Bahan Tambahan untuk masak lemak cili padi

Macam biasa, nak lagi mudah faham resepi, korang boleh rujuk video Cara Masak Daging Salai Masak Lemak Cili Padi di bawah:

Kalau sedap & menjadi, komen kat bawah artikel ni ok?

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • resepi daging masak lemak cili api Azie kitchen
  • resepi daging masak cili api mudah
  • daging masak gulai
  • cara buat daging salai
  • resepi daging salai masak lemak cili api negeri sembilan
  • daging masak gulai darat

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star