Resepi Simple Sardin Sedap Dan Cepat Siap

Bangun sahur pagi tadi, terfikir “nak makan resepi ape lah sedap untuk sahur ni”. Dalam kepala teringat “Hah! Ada 1 tin sardin baru beli haritu”. 

Jadi, bukan main excited lah kan nak masak sardin. Sekali bukak peti, “alamak, cili giling pulak dah habis! Hmm hmm”.

Dya suka masak sardin guna tumisan cili giling ataupun cili kering yang dah siap kisar. Tapi, harini dan dan je dah habis semua tu. Haha!

So, dalam kepala duk fikir lagi. Aku nak masak ape sahur ni?

Ternampak cili hijau, terus teringat mama kadang masak sardin guna cili hijau yang dikisar. 

resepi sardin sedap

So, terus dapat idea masak sardin guna cili padi. Hihi.

Terus cepat-cepat pitil cili api dalam segenggam dan bahan-bahan tumisan lain.

Resepi Simple Sardin Tin Sedap

Sahur kalini guna resepi simple guna apa yang ada kat rumah je. Jom cuba masak Sardin Lada Hijau.

Resepi Sardin Sedap

Kalau takda cili giling, guna cili padi pun boleh untuk hasilkan sardin yang sedap
Prep Time15 mins
Cook Time30 mins
Course: Main Course
Servings: 2 orang

Ingredients

Bahan Kisar Sarsin Sedap:

  • 1 Biji Bawang besar
  • 2 Biji Bawang Putih
  • 1 Genggam Cili Padi | Kalau tak tahan pedas, kurangkan

Bahan Utama Resepi Sardin Simple:

  • 1 Biji Bawang besar | Dihiris bulat
  • 1 Inci Asam jawa | ramas & campur dengan sedikit air
  • 1 Tin Kecil Sardin
  • Gula dan garam | secukup rasa

Instructions

Cara Masak Resepi Sardin Simple Dan Sedap:

  • Panaskan 1 senduk nasi minyak masak.
  • Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan air asam jawa dan sedikit air. Kacau rata.
  • Masukkan sardin ke dalam tumisan.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati
  • Kemudian akhir sekali masukkan hirisan bawang.
  • Masak sehingga sardin dan bawang empuk.
  • Boleh angkat untuk dihidang.

Notes

Resepi ni paling cincai dan guna apa yang ada kat dapur. Kalau nak lagi sedap, guna serai, cili giling & daun limau. Barulah meletop!
resepi simple sardin sedap cepat siap

Yass! Dah siap resepi sardin cincai dan simple ni. Walaupun guna sambal hijau, tetap rasa sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Fuhh.

Bahan yang digunakan masak sardin ni memang mudah dan simple. Yelah, kita guna apa yang ada kat dapur. 

Kalaulah kat belakang rumah boleh bercucuk tanam, dah lama Dya tanam serai, limau purut, bawang, etc. Tiap kali nak masak tinggal petik je masuk dalam kuali. Haha.

Jom Cuba Masak Resepi Ayam Masak Merah Marveles

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi sardin sedap simple
  • sardin viral
  • resepi sardin kentang

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment