Resepi Ikan Keli Berlada Goreng Sambal Hijau

Dya selalu panggil masakan ni sambal hijau sebenarnya. Hihi. Tapi ada orang gelarkan ikan keli goreng sambal berlada.

Masa zaman muda dulu, kerap jugak buat sambal berlada ni.

Tapi guna ikan bilis lah. Masa tu buat pedas-pedas baru terasa syiokk.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
resepi keli berlada

Resepi Keli Berlada


  • Total Time: 50 minutes
  • Yield: 4 orang 1x

Description

Bahan untuk resepi keli berlada ni sangat simple dan senang


Ingredients

Scale

Bahan Kisar:

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 4 Biji Bawang Putih
  • 1 Genggam Cili Padi (| Jika tak tahan pedas kurangkan.)

Bahan-bahan utama:

  • 34 Ekor Ikan Keli (| Lumur & basuh dengan air asam untuk hilangkan hanyir)
  • 2 Biji Bawang Besar (| Hiris bulat)
  • 2 Keping Asam Keping
  • 1 Sudu Gula (| Boleh tambah jika nak kurangkan pedas)
  • 1 Cubit Garam (| Tambah secukup rasa)

Instructions

Cara Masak Ikan Keli Berlada Pedas:

  1. Gaulkan keli dengan kunyit dan garam. Goreng separuh masak. Ketepikan
  2. Kisar halus bahan kisar dengan sedikit air
  3. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi. Tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan sedikit air, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati. Tunggu sehingga sambal masak dan pecah minyak
  5. Akhir sekali masukkan ikan geli yang dah digoreng tadi
  6. Masukkan juga bawang yang dihiris bulat
  7. Masak sehingga bawang lembut. Gaul rata dan boleh angkat.

Notes

Tips untuk kurangkan pedas, tambahkan lebih sikit gula. Dan balance kan dengan garam.  Selain tu, bahan kisar tu kalau nak pedas, kurangkan jadi 1 biji bawang saja

  • Prep Time: 20 minutes
  • Cook Time: 30 minutes
  • Category: Ikan
  • Cuisine: Malaysia

Sambal hijau rencah dia sama je. Cuma Dya tukar-tukar jenis lauk saja.

Print resepi kat bawah ni:

Senangkan? Hehe.

Dah, lepasni boleh cuba masak Resepi Pajeri Terung pulak untuk berbuka nanti.

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi ikan keli berlada hijau
  • aneka resepi ikan keli
  • ikan keli kuah berlada

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star