Resepi Mee Goreng Basah Simple Tapi Sedap Gila

Pagini, teringin pulak nak makan sarapan mee goreng basah. Buat simple je. Yang penting rasa dia sedap gila!

Ada banyak cara nak buat mee goreng. Ada orang suka letak telur, jadi lah mee goreng mamak. Ada orang suka tanpa kuah, jadi la mee goreng bodo.

Sedapnya makan panas2

Yang ni kuah lebih, jadi Dya panggil mee goreng basah.

Resepi Mee Goreng Basah Simple Tapi Sedap Gila

Kalau kalian ikut penulisan resepi asli dari Dhia, jujur cakap dya sejenis suka masak campak-campak je.

Guna apa yang ada kat rumah, kita sesuaikan ikut selera.

Resepi ni walaupun simple, tapi memang jadi kegilaan semua. Percayalah. Hehe.

Tapi kalian kena tau sekatakan rasa antara manis, masam, dan masin pada masakan tu.

Bahan-bahan Simple:


✔️ 1 biji bawang besar**
✔️ 2 biji bawang putih**
✔️ 10 tangkai cili kering**
✔️ 2 genggam mee kuning | rendam air panas & tos
✔️ Ayam @ fishball
✔️ Daun sup daun bawang
✔️ Tomato | belah 4 @ 6
✔️ Kicap, garam, gula secukup rasa

Cara Goreng Mee Kuah Basah:

1. Kisar bahan bertanda ** dengan sedikit air. Kisar halus

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis 3 sudu bahan kisar tadi. Kalau nak pedas, tambah lebih sikit.

3. Tumis sampai kering sikit. Kemudian, masukkan setengah cawan air. agak2 je. Jangan banyak sangat. Bergantung nak kuah banyak mana.

4. Kemudian, Masukkan ayam @ fishball, kicap, tomato, garam gula secukup rasa. Gaul rata. **kalau nak tambah carrot, batang saderi pun boleh.

5. Nak mee goreng nampak menarik, pastikan kicap diletak secukupnya. Kalau kurang, mee tu nampak pucat sikit. Hehe.

6. Last sekali, Masukkan mee kuning. Gaul rata tunggu kuah pekat sikit.
Balancekan rasa mee dengan adjust rasa kicap, garam dan gula.

7. Dah siap boleh hidang tabur daun bawang daun sup

Senang sangat nak masak mee goreng basah ni. Masa zaman remaja dulu, Dya agak keliru nak masak mee goreng.

Tapi, bila kita dah pandai masak, campaklah apa pun bahan, memang menjadik ikut selera masing-masing. Hihi.

Cubalah ok? Dah menjadik, komen kat bawah sekali okay?

Owh, jom cuba juga masak Resepi Ayam Buttermilk Creamy Sedap

Print resepi kat bawah ni:

Resepi Mee Goreng Basah Simple Dan Sedap

Nak mee goreng basah, lebihkan kuah masa masak. Sebatikan dengan kicap, gula dan garam secukupnya. Resepi simple je buat, paling penting sedap gila
Prep Time15 mins
Cook Time15 mins
Course: Breakfast
Cuisine: Mediterranean
Keyword: mee goreng basah, resepi mee goreng simple
Servings: 2
Cost: 5

Ingredients

Bahan-bahan Goreng Mee:

  • 1 Biji bawang besar**
  • 2 Biji bawang putih**
  • 10 tangkai cili kering** Belah 2, rebus dan tos
  • 2 genggam mee kuning rendam air panas & tos,
  • Ayam @ fishball secukupnya
  • Daun sup, daun bawang secukupnya
  • 1 Biji Tomato belah 4 @ 6
  • Kicap, garam, gula secukup rasa

Instructions

Cara Buat Mee Goreng Basah Mudah:

  • Kisar bahan bertanda ** dengan sedikit air. Kisar halus
  • Panaskan minyak dlm kuali, tumis 3 sudu bahan kisar tadi. Kalau nak pedas, tambah lebih sikit.
  • Tumis sampai kering sikit. Kemudian, masukkan setengah cawan air. agak2 je. Jangan banyak sangat. Bergantung nak kuah banyak mana.
  • Masukkan ayam @ fishball, kicap, tomato, garam gula secukup rasa. Gaul rata. Boleh juga kalau nak tambah batang saderi atau carrot jika suka
  • Last sekali, Masukkan mee kuning. Gaul rata tunggu kuah pekat sikit.
    Balancekan rasa mee dengan adjust rasa kicap, garam dan gula.
  • Dah siap boleh hidang tabur daun bawang daun sup.

CARIAN BERKAITAN:

  • cara buat mee goreng basah mudah
  • resepi mee goreng kicap
  • mee goreng bodo

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment