Resepi Cara Buat Kuey Teow Goreng Basah Dan Pedas

Teringin sangat makan kuey teow basah yang mama masak. Jadi, haritu gigih balik kampung mintak mama masakkan. Sebab sedap sangat!

Dya suka kalau makan kuey teow goreng jenis basah. Contoh macam cha kuey tiaw sebab jenis ada kuah kan? Hehe.

Macam gambar kat bawah ni masakan kuey teow goreng stail basah. Peh..

cara buat kuey teow basah sedap

Kuey teow mamak pulak jarang-jarang Dya makan sebab kadang tu boleh datang rasa muak bila masak campur dengan telur. Kuah takda & kuey teow jadi pekat.

Sebab bila masak kuey teow goreng letak telur masa masak, kuah akan jadi pekat. Sebab bahan macam air & kicap diletak dalam kuantiti yang sedikit.

Tu beza antara kuey teow goreng basah dengan kuey teow goreng stail mamak. Tinggal tambah telur atau tak. Tu je. Hehe.

Kalau cha kuey teow pulak, letak telur jugak tapi masih lagi ada kuah. Bezanya cha kuew teow ni banyak letak air, kicap dia. Tu yang ada kuah. Kalau kuew teow goreng mamak rasanya kurang air atau kicap.

Jadi harini saja lah nak share dengan korang cara Dya masak Kuey Teow Goreng Basah. Serius sedap gila weh kalau korang pandai seimbangkan rasa.

Suami duk perabis sampai bertambah dua kali. Lepastu nanti, menyesal sebab perut makin moncit sekarang. Haha. Mana tak buncit, kalau dah Dya masak hampir setiap hari untuk dia. Hihi. Sorry husband. Nanti masa isteri berpantang, makan ikut pantang sekali ya. Boleh kurus. Haha.

resepi cara mudah masak kuey teow goreng basah

Resepi Cara Buat Kuey Teow Goreng Basah Dan Pedas

Cara nak buat senang je. Resepi ni untuk 2 orang makan. Korang boleh cuba resepi kat bawah ni:

Bahan masak kuey teow goreng basah sedap:

1 biji bawang besar (dikisar halus)

10 tangkai cili kering (dipotong dua, direbus dan dikisar halus)

2 biji bawang putih (dikisar halus)

1/2 paket kuew teow (celur dalam air panas & tos)

Segenggam daun kucai (dipotong panjang)

Segenggam taugeh (ikut suka nak letak banyak mana)

10 ekor udang (dibuang kepala)

1/2 cawan air

Garam dan gula secukup rasa

Kicap kuantiti yang secukupya

Cara mudah goreng kuey teow basah sedap & pedas:

  1. Kisar cili kering (yang dah siap rebus), bawang besar (dipotong), bawang putih. Campur bersama sedikit air dan kisarkan ketiga bahan ni
  2. Panaskan minyak di dalam kuali
  3. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga bahan kisar kering sedikit.
  4. Kemudian masukkan air. Agak-agak nak kuah banyak mana.
  5. Tuang kicap ke dalam masakan. Kuantiti kicap ni ikut citarasa. Tak perlu terlalu banyak. Cukup sekadar untuk menggelapkan warna kuah
  6. Gaul tumisan dengan rata, masukkan sekali garam & gula secukup rasa.
  7. Masukkan udang dan tunggu seketika hingga udang masak
  8. Masukkan 1/2 paket kuey teow. Nak letak lebih pun boleh. Cuma kuah akan jadi kuranglah nanti.
  9. Gaul rata semua bahan.
  10. Kemudian letak pula daun kucai dan taugeh ke dalam masakan. Gaul rata
  11. Kalau nak letak telur pun boleh. Kuah akan jadi sedikit pekat & kurang. Ikut citarasa masing-masing
  12. Dah boleh hidang kat suami & anak-anak.

Senang je nak masak kuey teow basah ni. Korang cuma perlu pandai agak nak kuah banyak mana, nak letak kicap, gula, garam banyak mana. Ikut lidah masing-masinglah. Hehe.

Tips nak bagi basah, masa masak tu kuah kena lebih. Tips nak pekatkan kuah tu sikit, tambah je telur masa masak. Setel.

Lepasni agak-agak terlebih rajin, cuba masak Resepi Nasi Goreng belacan Pedas pulak okay?

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi kuey teow goreng basah
  • Kuey teow goreng pedas
  • char kuey teow basah



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment