Resepi Labu Kuning Manis Masak Lemak Campur Udang

Terdetik pulak harini nak masak lemak labu campur udang. Pastu tetiba husband duk tanya “tak pelik ke?”.

Pastu saya jawab taklah. Manada pelik masak labu kuning campur udang ni.

Lepastu tengah nak masak tetiba saya pulak yang rasa was-was. “Eh pelik ke tak eh masak lauk ni?”. Haha!

Aduhh tu namanya kitorang memang dah lama tak makan lauk labu kuning manis ni. Sampai boleh lupa rasa dia macamana. Adehh.

Tapi, alang-alang dah siap tumbuk bawang bagai, masak je lah lauk ni. Hehe. Dah siap masak, baru teringat yang lauk ni sedap gila weh makan dengan nasi putih. Pehh.

Resepi Labu Kuning Manis Masak Lemak Campur Udang

Resepi Labu Kuning Manis Masak Lemak Campur Udang

Bahan-bahannya:

1 biji labu kuning saiz kecil (potong kecil)

1 biji bawang besar (ditumbuk)

2 biji bawang putih (ditumbuk)

5 tangkai cili (ditumbuk)

1/2 sk serbuk kunyit

1/2 kotak santan cair (25ml)

Garam secukup rasa

Cara masak:

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili. Kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalamnya
  2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.
  3. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau
  4. Masukkan sedikit air ke dalam tumisan. Kemudian masukkan labu kuning yang dah siap dipotong kecil
  5. Masukkan santan ke dalam masakan. Guna santan kotak kecik je. Tuang separuh
  6. Gaul rata. Biarkan seketika
  7. Masukkan pula garam secukupnya.
  8. Dan akhir sekali campurkan udang ke dalam masakan.
  9. Angkat dan siap untuk dihidang.

Resepi Labu Kuning Manis Masak Lemak Campur Udang

Cepat gila nak masak lemak labu kuning nih. Saya letak sedikit cili sebab kitorang suka makan pedas. Hehe. Kalau korang taknak letak pun takpa.

Rasa manis kat labu kuning tu menambahkan lagi rasa nikmat lauk untuk harini. Suami makan sampai bertambah 2 pinggan. Hehe.

Baca Juga Resepi Mee Goreng Basah Ayam Pedas

CARIAN BERKAITAN:

  • cara masak lemak labu kuning sedap
  • resepi masak labu kuning manis
  • masak lemak labu kuning campur udang



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment