Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Paling Ringkas Dan Sedap

Semalam sempat jugakla masak lauk ayam masak kicap. Tapi cam biasalah, Dya sekarang ni jenis malas gi kedai.

Jadinya guna apa barang yang ada je kat rumah. Cincai pun cincailah. Janji sedap. Hehe.

Semalam tak sempat nak share resepi ringkas ni kat blog sebab Dya busy ke fashion show wedding KL 2018.

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Paling Ringkas Dan Sedap

Sebenarnya ada banyak versi nak masak kicap nih. Tapi untuk orang Johor macam Dya, mama selalu masak kicap jenis simple je. Takda rempah bagai.

Resepi Ayam Masak Kicap Paling Ringkas Dan Sedap

Tapi, berlainan pulak situasi lepas kahwin. Keluarga mertua punya cara masak tu agak berbeza.

Ada beberapa rempah diorang akan masukkan. Dan rasa pun berbeza daripada masak kicap Johor.

Tapi untuk resepi masak kicap berempah stail mertua nanti Dya buat okay? Hehe.

Untuk yang bujang-bujang. Takpun yang duk berdua je dengan suami kat rumah bolehla cuba resepi ringkas ayam masak kicap nih. Bahan-bahan yang digunakan pun ringkas je.

Bahan-bahan Masak Ayam Masak Kicap Simple:

1 biji bawang besar (hiris bulat)

2 biji bawang putih (hiris)

10 tangkai cili padi (ikut suka nak pedas mana)

2 ketul ayam daging (potong sederhana)

1 ketul Bunga lawang

3 ketul cengkih

1 ketul kecil kayu manis

2 buah pelaga

Kicap

Garam secukup rasa

 Nak masak kicap tu berbau harum, korang tumis dengan bahan-bahan rempah ringkas yang Dya senaraikan kat atas.

Resepi Ayam Masak Kicap Paling Ringkas Dan Sedap

Ayam masak kicap dah siap masak!

Cara masak resepi ayam masak kicap:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit kemudian goreng separuh masak dalam kuali berasingan.
  2. Masukkan minyak (agak-agak je). Macam Dya masukkan dalam 5 sudu minyak
  3. Kemudian tumis cili, bawang putih, cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga hingga naik bau
  4. Masukkan bawang dan gaul rata dengan bahan tumis. Sekejap je
  5. Kemudian masukkan kicap (sukatan ikut suka korang).
  6. Masukkan sedikit air dalam suku cawan untuk banyakkan kuantiti kuah.
  7. Kalau kuah kicap nampak macam cair, tambahkan lagi kicap.
  8. Masukkan garam secukup rasa.
  9. Last sekali masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak awal-awal tadi.
  10. Tunggu sampai semua dah sebati rasa, ayam dah masak sepenuhnya.
  11. Angkat dan hidangkan

Untuk resepi ayam masak kicap ni, Dya padankan dengan satu lagi lauk. Tempe, bawang & cili ditumis.

Memang licin la laki Dya kerjakan sampai habis semuanya. Haha. Makan pulak dengan nasi panas time tengah musim hujan ni. Pehh.

Kalau korang rasa tak tau masak apa, jom la try masak Ayam Kari Bersantan pulak lepasni. Hehe.

 

 

 

 

 

CARIAN BERKAITAN:

  • ayam masak kicap lada hitam
  • resepi ayam masak kicap chef wan
  • ayam masak kicap pekat
  • resepi ayam masak kicap berkuah
  • cara masak ayam masak kicap pedas



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

5 Comments

  1. Melur February 16, 2018
  2. Soo aziz April 27, 2018
  3. Amira June 18, 2018

Add Comment