Cara Mudah Buat Perencah Sup Tulang Homemade

Rahsia nak buat kuah sup padu pekat, saya cuba resepi buat perencah homemade sup tulang. Sebut bab sup tulang ni, saya paling suka masak daging kambing. Sedap sangat!

Cara baru yang memang terasa pekat dia.

Resepi ni saya dapat dari sumber facebook. Ada yang kongsikan, saya pun tak ingat namanya. Mohon halal ya resepi ni.

Alhamdulillah, rasa memang lengkap dan extra sikit berbanding kebiasaan kita masak sup terutamanya sup tulang.

Bahan-bahan Perencah Sup:

  • Rempah sup mak siti
  • 4 biji Bawang besar
  • 9 ulas Bawang putih
  • 2 bungkus sup bunjut | dibuka dan diambil isinya
  • 4 inci halia

Cara Buat Rencah Sup Homemade:

  1. Kisarkan semua bahan-bahan dalam pengisar. Letak juga air.
  2. Kisar sampai hancur dan halus
  3. Panaskan minyak dalam kuali
  4. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali
  5. Masak hingga rempah pecah minyak
  6. Angkat dan simpan dalam bekas. Simpan di dalam peti ais
  7. Guna perencah ni waktu nak masak sup nanti

Sebelum korang nak masak sup, pastikan tulang atau daging tu direbus empuk dahulu.

Kemudian baru masak supnya.

CARIAN BERKAITAN:

  • Perencah sup tulang
  • Resepi perencah sup
  • Cara buat perencah sup
  • Resepi perencah sup homemade
  • Resepi sup ayam simple

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment